Orang Muda : Rumah atau 'Travel' dahulu?

Image result for travel or house

Apabila mula bekerja dan merasai nimat mendapat gaji pertama, ramai yang mula hilang arah terhadap matlamat perbelanjaan gaji atau pendapatan tersebut. Salah satu dilema anak muda yang sering diperkatakan adalah antara:

'Ketika muda, kumpul duit untuk beli aset'
atau
'Ketika muda, pergi 'travel' dahulu untuk melihat dunia'

Kedua-dua aktiviti di atas memerlukan kos yang besar serta tempoh yang lama untuk mengumpul wang perbelanjaan tersebut. Ada juga yang mengatakan, 'kenapa perlu pilih salah satu jika kita boleh pilih kedua-duanya.'

Kami ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh anda nilai terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan.


Kemampuan

Sebelum buat satu perkara, ukurlah baju di badan sendiri. Sama juga jika mahu buat keputusan sama ada mahu beli rumah dahulu atau travel  dahulu kerana kita masih perlu lihat kemampuan diri sendiri.

Jika anda mampu untuk pilih kedua-duanya, itu lebih baik. Namun, tidak semua orang mampu untuk memilih kedua-duanya.  Jika anda bergaji rendah, mulakan dahulu dengan pembelian aset atas faktor aset tersebut mampu mendatangkan pendapatan kepada anda.

Anda masih boleh pergi melancong tetapi pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza. Jadi, rancanglah perjalanan hidup anda sendiri tanpa perlu menyusahkan orang lain. Jika anda terpaksa meminjam wang dari pihak lain untuk pergi melancong, itu menunjukkan anda sebenarnya kurang berkemampuan.

Matlamat

Setiap individu mempunyai matlamat hidup yang berbeza. Bagi mereka yang beli rumah ketika usia muda, matlamat dalam kewangan mereka lebih jelas berbanding beli rumah ketika usia sudah lanjut. Anda mempunyai pilihan sama ada mahu bekerja keras ketika usia muda atau ketika usia sudah tua.

Untuk merancang matlamat kewangan anda, boleh baca lebih jelas di sini 'Cara untuk merancang matlamat kewangan anda'

Selain itu, anda juga perlu melihat keutamaan dalam memilih perkara yang terbaik. Dalam keadaan ekonomi sekarang, matawang negara masih rendah dan kos berbelanja di negara luar adalah lebih tinggi atas faktor pertukaran wang. Dengan harga rumah yang semakin mahal, anda mungkin akan terus menyewa jika menangguh niat membeli rumah pertama.

Ilmu

Salah satu faktor yang membantu anda membuat pilihan adalah ilmu pengetahuan. Jika anda tahu betapa pentingnya pemilikan aset di Malaysia, anda mungkin akan lupakan sementara aktiviti mahu pergi melancong.

Namun, anda juga sebenarnya boleh mendapatkan banyak ilmu dan pengalaman apabila pergi melancong ke negara luar. Pengalaman tersebut mungkin akan mengubah hidup anda menjadi lebih baik dan peka terhadap pentingnya pemilikan hartanah.

Baca : Saving anda tetapi masih tidak cukup. Ini tabiat menyimpan yang efektif

Apabila anda pergi ke negara maju, anda mungkin boleh menilai betapa pentingnya pemilikan hartanah di usia muda terutama apabila melihat harga rumah yang semakin mahal. Pada masa yang sama, anda boleh belajar banyak perkara tentang kehidupan orang lain terutama bagi golongan yang sudah merasai keperitan memerlukan tempat tinggal.

Ganjaran

Beli rumah, kemudian pergi melancong. Anda sudah boleh menikmati keduanya. Bagi individu yang bekerja keras untuk mendapatkan rumah pertama, anda boleh jadikan aktiviti melancong sebagai ganjaran mendapatkan rumah pertama.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post