[BAJET 2017] 10 perkara penting yang anda perlu tahu


Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak semalam menunjukkan banyak inisiatif yang diberikan kepada rakyat terutamanya golongan rendah dan sederhana.

Berikut adalah beberapa maklumat penting yang disampaikan dalam bajet 2017 semalam.

1. Bonus untuk penjawat awam

Bonus sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua penjawat awam mulai awal Januari 2017. Pada masa yang sama, pesara kerajaan juga akan menerima bayaran khas sebanyak RM250 setiap seorang.

2. Sokongan kepada wanita berkerjaya

Sokongan yang diberikan kepada wanita berkerjaya ini adalah dalam bentuk pelepasan cukai iaitu:

- RM1,000 untuk pembelian peralatan penyusuan ibu (setiap dua tahun sekali)
- RM1,000 bagi yang menghantar anak berumur 6 tahun ke bawah ke pusat asuhan dan pra-sekolah.

3. Diskaun PTPTN

Kerajaan kini mewujudkan lagi insentif kepada peminjam PTPTN yang mempunyai masalah untuk membuat bayaran balik dengan bantuan seperti berikut (22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017):

- Diskaun 15% ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
- Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran;
- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

Baca : 7 punca utama pinjaman perumahan anda bakal ditolak oleh pihak bank

4. Biasiswa sebanyak  RM4.3 bilion

Biasiswa kepada beberapa badan kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM4.3 bilion pada tahun 2017 termasuk:

• 1.6 bilion ringgit menerusi JPA;
• 2 bilion ringgit menerusi MARA;
• 250 juta ringgit menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi;
• 208 juta ringgit menerusi Kementerian Kesihatan;
• 194 juta ringgit menerusi Kementerian Pendidikan;
• 28 juta ringgit menerusi Kementerian Sumber Manusia; dan
• 21 juta ringgit menerusi Kementerian Belia dan Sukan.

5. Peningkatan kelajuan internet

Mulai tahun 2017, kelajuan internet akan dipertingkatkan dengan kadar bayaran yang sama. Contohnya, pelanggan yang mengambil pakej 5 megabit sesaat pada harga RM149 akan mendapat kelajuan sehingga 10 megabit sesaat

Manakala dalam tempoh dua tahun lagi, kelajuan tersebut akan terus dipertingkatkan sebanyak dua kali ganda dengan penurunan yuran langganan sebanyak 50%.

Sementara itu, perkhidmatan jalur lebar di universiti awam pula akan dipertingkatkan kepada maksimum 100 gigabit sesaat. Pada masa yang sama, 

6. Pelepasan cukai 'gaya hidup'

Pelepasan cukai baru yang diumumkan adalah berkenaan pelepasan cukai 'gaya hidup'.

Barang atau servis yang termasuk dalam pelepasa 'gaya hidup' tersebut adalah :

- bahan bacaan
- komputer
- peralatan sukan
- smartphone/tablet
- keahlian gimnasium
- langganan internet

Jumlah terkumpul yang termasuk dalam pelepasan cukai adalah sebanyak RM2,500 setiap tahun.

7. Bantuan kepada pembeli rumah pertama

Untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan rumah pertama, kerajaan akan menyediakan kemudahan seperti berikut:

- bina 30,000 rumah melalui PR1MA dengan harga antara RM150,000 hingga RM300,00
- bina 10,000 rumah di bandar khas untuk golongan muda yang layak termasuk graduan yang baru bekerja
- bina 5,000 unit Rumas Mesra Rakyat dengan subsidi dari kerajaan sehingga RM20,000 seunit.


8. BR1M 

Golongan yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM1,200 pada tahun 2017.

Manakala isirumah yang berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 setiap bulan pula akan menerima BR1M sebanyak RM900.

Individu yang masih bujang dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah akan menerima BR1M sebanyak RM450.

9. Geran untuk pemandu teksi

Kerajaan akan memberikan geran sebanyak RM5,000 kepada pemandu teksi jika mahu membeli kenderaan baru dan juga menawarkan permit teksi individu.

Sementara itu, Perdana Menteri semalam menggalakkan penerima BR1M supaya menjana pendapatan tambahan sebagai pemandu "ride sharing" seperti Uber dang GrabCar.


10. Bantuan usawahan Bumiputera

Berikut adalah beberapa inisiatif dalam membantu usawahan bumiputera di Malaysia.

- RM100 juta kepada SME Bank bagi meningkatkan peluang usahawan Bumiputera
- RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi pelbagai program keusahawanan mereka
- RM300 juta kepada TEKUN bagi membantu usahawan kecil memajukan perniagaan, termasuk skim baru TEMANITA, khusus untuk usahawan mikro wanita
- RM200 juta kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad bagi melaksanakan Program Pembiayaan Keusahawanan & Perintis Perniagaan
- RM120 juta kepada MARA bagi pelbagai program keusahawanan antaranya perusahaan industri halal dan pembangunan usahawan belia.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post