Perkara yang pemandu teksi harus lakukan dengan kehadiran Uber

Image result for uber vs a taxi

Pemandu teksi vs pemandu uber? Perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di negara yang terlibat dengan kehadiran Uber. Bagi sesetengah orang, kehadiran Uber disambut baik kerana memberi peluang menjana pendapatan kepada individu yang memiliki kereta.

Namun, bagi pemandu teksi pula, kehadiran Uber dianggap mengganggu periuk nasi mereka. Mereka kini menghadapi persaingan yang di anggap kurang adil atas faktor kos pendaftaran teksi yang di anggap mahal berbanding pemandu Uber yang tidak perlu buat sebarang bayaran.

Namun, untuk menghadapi masalah ini, pemandu teksi boleh lakukan perkara dibawah bagi bersaing secara sihat dengan pemandu Uber.

Sertai mereka

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menyertai mereka iaitu Uber atau GrabCar. Kebanyakan pelanggan kini lebih suka untuk menggunakan perkhidmatan Uber kerana bayaran lebih mudah dengan kad kredit, lebih murah dan senang untuk cari.

Keadaan kereta pemandu Uber juga lebih selesa dan layanan mereka lebih baik kerana mereka perlu menjaga skor markah yang akan diberikan oleh pelanggan (dari skala 1 hingga 5). Jika skor markah adalah sangat rendah, mereka akan diberhentikan dari perkhidmatan Uber.

Tidak memilih

Sesetengah pemandu teksi memilih lokasi yang mereka ingin hantar atas faktor jarak yang jauh dan tidak rasa berbaloi dengan bayaran yang diterima. Manakala pemandu Uber pula, mereka akan ambil semua pelanggan tanpa melihat lokasi yang ingin dituju.

Baca : 5 sebab ramai ingin menjadi perunding kewangan sepenuh masa

Pemandu Uber tidak dapat melihat arah destinasi yang ingin dituju sebelum mengambil penumpang mereka. Jika mahu bersaing dengan pemandu Uber, pemandu teksi tidak perlu memilih untuk mengambil penumpang.

Layanan lebih baik

Salah satu sebab pemandu Uber 'terpaksa' melayan penumpang dengan baik adalah kerana feedback dari penumpang tersebut akan memberi kesan terhadap pemandu tersebut.

Jika pemandu teksi boleh berikan layanan yang baik terhadap penumpang, mereka akan turut mendapat sambutan yang baik dari orang ramai. Ada juga sesetengah penumpang yang lebih menyukai perkhidmatan teksi kerana telah mendapat layanan yang baik dari pemandu teksi tersebut.

Baca : Kesan tidak membuat simpanan ketika usia muda

Bersaing secara sihat

Walaupun kos penyediaan perkhidmatan teksi jauh lebih mahal berbanding Uber, pemandu teksi perlu lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah tersebut. Dengan kos permit teksi yang mahal, pendapatan yang diterima juga mestilah lebih tinggi.

Dalam beberapa bulan yang lepas, terdapat kejadian dimana pemandu teksi cuba mencederakan pemandu Uber. Sikap tersebut menunjukkan tahap pemikiran pemandu teksi itu sendiri dan pada masa yang sama memberi gambaran yang negatif terhadap pemandu teksi yang lain.

Untuk bersaing secara sihat, pemandu teksi perlu lebih professional dan menerima kehadiran Uber dengan lebih terbuka. Jika terdapat sebarang bantahan, lakukan dengan cara dan saluran yang betul.

Baca : Dapatkan kad perubatan untuk keluarga serendah RM318 [Suami+Isteri+4 orang anak]

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post