4 'keperluan dan kehendak' yang orang ramai salah faham



Apa beza keperluan dan kehendak?Jika anda masih tidak boleh membezakan keperluan dan kehendak bagi sesuatu perkara, ini boleh menyebabkan anad membuat kesilapan dalam pengurusan kewangan.

Keperluan adalah sesuatu perkara menjadi perkara asas untuk membantu meneruskan aktiviti harian kita. Manakala kehendak pula adalah sesuatu perkara yang mempunyai manfaat tambahan dalam membantu aktiviti harian kita.

Berikut adalah beberapa perkara yang melibatkan 'keperluan dan kehendak':

Kereta

Fungsi utama kereta adalah untuk membantu anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Oleh itu, keperluan anda adalah untuk mendapatkan kereta yang boleh membantu anda bergerak ke tempat lain. Manakala kehendak pula, kereta tersebut mempunyai manfaat tambahan seperti kereta yang selesa, besar dan mewah.

Sebelum beli kereta atas dasar kehendak, semak dahulu status kewangan anda. Kos atau harga yang perlu bayar bagi kehendak adalah lebih mahal berbanding keperluan. Contohnya, kereta yang kecil dan murah seperti Perodua Viva dan Proton Iriz mungkin menjadi keperluan jika anda mahu guna kenderaan tersebut bergerak ke satu tempat yang lain.

Tetapi, jika anda beli kereta yang lebih mewah seperti Toyota Vios dan Honda City, itu sudah menjadi kehendak anda yang mahukan keselesaan dalam menggunakan kereta.

Adakah salah beli kereta mengikut kehendak peribadi?Tidak, jika anda mempunyai wang yang cukup untuk menanggung segala kos pemilikan kereta tersebut. Jika kereta tersebut membantu anda dalam meningkatkan perniagaan anda, perkara tersebut adalah kehendak perniagaan anda.

Smartphone

Fungsi asas sebuah telefon bimbit pada hari ini adalah menghantar pesanan, menelefon, melayar internet dan mengambil gambar. Jika terdapat sebuah telefon bimbit yang mempunyai fungsi seperti berikut, ia sudah dianggap sebagai satu keperluan.

Namun, jika anda beli sebuah telefon bimbit yang mempunyai banyak lagi fungsi tambahan, ia adalah satu kehendak. Kualiti sesuatu telefon bimbit juga memainkan peranan yang penting untuk membantu aktiviti harian anda.

Jika anda seorang usahawan internet yang memerlukan satu smartphone yang canggih serta terkini, menjadi keperluan untuk memiliki smartphone yang lebih berkualiti. Manakala jika menggunakan smartphone yang sekadar untuk melayari internet dan menelefon, anda perlu mempertimbangkan untuk beli smartphone yang asas sahaja.

Rumah

Memiliki rumah idaman yang besar, luas dan cantik menjadi kehendak ramai orang. Namun, jika mahu memiliki rumah sendiri hanya sekadar mendapat tempat berlindung, ia adalah satu keperluan.

Rumah yang menjadi kehendak orang ramai biasanya mempunyai harga yang mahal berbanding rumah yang menjadi keperluan. Kesilapan yang sering dilakukan oleh orang ramai adalah menunggu masa yang lebih lama untuk membeli rumah idaman yang mahal dan besar.  Perkara seperti ini akan menyebabkan anda terlepas peluang kerana harga yang semakin meningkat dan deposit yang tinggi.

Baca: Contoh pengurusan kewangan untuk mereka yang bergaji RM3,000 sebulan

Oleh itu, jika anda mempunyai rancangan untuk mendapatkan rumah pertama, beli mengikut keperluan anda iaitu dengan harga yang lebih murah walaupun hanya sebuah flat atau apartment. Jika anda terus menunggu, semakin sukar untuk anda dapatkan rumah idaman anda kerana harganya yang semakin meningkat.

Takaful

Mempunyai perlindungan pendapatan dan kad perubatan adalah satu keperluan kerana kos perubatan yang semakin meningkat. Namun, manfaat yang berlebihan seperti mengambil pakej yang mahal, adalah satu kehendak.

Jika anda ambil pakej Room & Board bernilai RM150 sehari, ia adalah satu keperluan berbanding jika anda mengambil Room & Board yang bernilai RM250 sehari. Bilik yang berkongsi katil adalah satu keperluan kerana tujuan kad perubatan tersebut adalah memudahkan anda mendapatkan rawatan.

Namun, jika anda mengambil bilik yang istimewa iaitu tinggal seorang sahaja, ia adalah satu keperluan kerana keselesaan dan layanan istimewa yang diberikan kepada anda.

Baca : Bagaimana untuk berjimat dengan kos perubatan yang semakin tinggi

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post