Modus operandi 'skim cepat kaya' yang perlu anda tahu

Image result for ponzi scheme

Walaupun telah banyak kesedaran yang diberikan supaya tidak menyertai skim cepat kaya, masih ramai lagi yang terpedaya dengan skim ini. Mereka yang terpedaya ini bukanlah dari golongan yang biasa-biasa sahaja malaha melibatkan golongan profesional seperti doktor, pegawai eksekutif dan ramai lagi. 

Dengan hanya menjanjikan kekayaan dalam masa yang cepat, masih ramai yang terpedaya kerana tidak mempunyai ilmu untuk mengesan skim cepat kaya ini. Kenapa masih ramai yang terpedaya?Mereka datang dengan kereta mewah dan pakaian yang mahal semata-mata untuk menarik perhatian anda. 

Jika anda gagal mengesan skim cepat kaya ini, anda mungkin menjadi salah seorang dari mangsa. Lebih membimbangkan lagi apabila skim cepat kaya ini juga sering menggunakan pangkat seseorang yang berpengaruh seperti selebriti, ustaz dan juga seseorang yang berpangkat Datuk untuk memberi keyakinan terhadap skim mereka. 

Perkara yang membuatkan orang ramai menjadi yakin dengan skim cepat kaya ini adalah apabila mereka mula menggunakan 'produk' seperti emas dan hartanah untuk mengalih perhatian orang ramai terhadap skim yang mereka anjurkan. 

Kami ingin kongsikan modus operandi yang sering dilakukan oleh skim cepat kaya ini supaya anda tidak terpedaya dengan mereka. 

Kawan lama ajak jumpa

Pernah tak anda dihubungi rakan lama anda yang sudah lama tidak berjumpa dan seterusnya mengajak untuk berjumpa?Ini adalah perkara paling mudah untuk anda hidu tanda-tanda awal skim cepat kaya. Namun, anda jangan pula terus serkap jarang tanpa menyiasat terlebih dahulu. 

Kebiasaannya, mereka akan mengajak anda untuk berjumpa di tempat yang gah seperti hotel atau tempat yang mahal. Tempat yang jarang anda pergi ini merupakan satu tarikan pertama untuk memperkenalkan anda dengan skim mereka. 


Apabila sudah sampai, anda boleh lihat ramai leader yang memakai pakaian kemas serta nampak mahal sebagai simbol kejayaan perniagaan mereka. Untuk pengetahuan anda, cara ini bukan sahaja digunakan oleh skim cepat kaya, malah perniagaan yang berasaskan recruitment juga akan melakukan perkara yang sama tetapi menggunakan perniagaan yang sah. Mereka akan menerangkan tentang kehebatan perniagaan mereka untuk meyakinkan orang ramai supaya menyertai mereka. 

Ketika mendengar taklimat berkenaan skim tersebut, pastikan anda tidak terpedaya dengana janji serta tawaran kekayaan dalam masa terdekat.

Dapatkan modal melalui pinjaman

Kebiasaannya, skim cepat kaya ini memerlukan modal yang tinggi serta menawarkan pakej yang berbeza. Semakin besar modal yang anda laburkan, semakin banyak pulangan yang anda akan dapat.

Baru-baru ini tersebar di dada akhbar apabila ramai pelajar universiti mula terlibat dengan skim cepat kaya ini dengan menggunakan duit pinjaman pendidikan mereka. Kerana inginkan kekayaan yang cepat, mereka telah menggunakan wang yang sepatutnya membantu mereka dalam pembelajaran. 

Berdasarkan pengalaman beberapa orang yang pernah terlibat dalam skim cepat kaya ini, peserta juga diajar bagaimana untuk mendapatkan modal sama ada melalui pinjaman kawan, saudara mara atau bank. 
Ada yang sanggup menipu kawan untuk meminjam duit untuk menyertai skim cepat kaya ini.
Ada juga segelintir leader yang sanggup menemankan peserta tersebut hadir ke bank untuk memohon pinjaman peribadi. Apabila skim tersebut mempunyai masalah, peserta tadi perlu menanggung beban yang tinggi serta perlu menyelesaikan pinjaman peribadi tersebut dengan menggunakan duit gaji mereka.

Tawaran tidak masuk akal

Nak cepat kaya? Jika jawapan anda adalah 'ya', anda mungkin senang untuk diperdaya selepas melihat pulangan atau keuntungan yang mereka tawarkan. Kadar keuntungan sehingga 100% sebulan menyebabkan ramai yang terpedaya dengan janji tersebut.


Lebih menarik lagi, pulangan yang dijanjikan juga ada yang diberi setiap bulan atau setiap tahun. Apabila anda tahu yang anda akan terima keuntungan secara tetap setiap bulan, pinjaman peribadi bukanlah satu masalah besar.
Mana-mana pelaburan yang berlandaskan Shariah tidak memberi jaminan keuntungan yang tetap setiap bulan.
Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati jika ditawarkan satu pelaburan yang mampu memberi pulangan yang tinggi.

Cari orang, bukan jual produk

Konsep perniagaan yang normal adalah melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis. Namun, skim cepat kaya ini menggunakan konsep yang berlainan iaitu dengan membuat recruitment atau mencari downline tanpa perlu menjual produk.

Fokus utama mereka adalah untuk mendapatkan seberapa banyak peserta yang boleh membuat pendaftaran dengan bayaran berdasarkan pakej yang disediakan. Semakin banyak recruitment yang anda buat, semakin banyak komisyen yang anda dapat.

Jangan terkejut jika skim cepat kaya tersebut juga memberitahu anda bahawa anda sebenarnya tidak perlu menjual produk dan juga membuat recruitment. Ini adalah satu skim yang berbentuk pelaburan dimana anda hanya perlu menyerahkan duit anda kepada syarikat dan mereka akan 'melaburkan' duit tersebut.

Konsep ini lebih diminati oleh orang ramai kerana tidak perlu melakukan banyak kerja untuk mendapatkan keuntungan.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)