Kenapa saya masih guna kad kredit sehingga hari ini

Image result for love credit card

Apabila keluar statistik yang menunjukkan kad kredit merupakan salah satu hutang yang membebankan golongan muda, saya sangat terkejut kerana masih tidak faham bagaimana kad kredit boleh menyebabkan mereka terbeban.

Kini, baru saya faham kerana ramai yang telah salah guna kad kredit mereka untuk tujuan yang tidak berfaedah. Apabila kad kredit menjadi sumber pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian, hidup akan menjadi lebih sukar. Itu adalah satu konsep yang salah.

Masalah utama bukanlah pada kad kredit tersebut tetapi lebih kepada masalah diri sendiri yang tidak bijak menggunakan kad kredit. Saya telah gunakan kad kredit selama beberapa tahun dan tidak mempunyai sebarang masalah atau rasa terbeban.

Malah, terlalu banyak manfaat yang telah saya dapat dengan menggunakan kad kredit ini. Betul, jika salah guna kad kredit serta tidak pandai mengurus dengan baik, kad kredit itu sendiri akan menyebabkan kita terbeban dengan hutang yang banyak.

Namun, asas kepada penggunaan kad kredit adalah membantu dan memudahkan kita membuat bayaran tanpa perlu membawa tunai. Sebelum saya membuat keputusan untuk memohon kad kredit, saya akan buat kajian atau survey terhadap beberapa kad kredit dari setiap bank.

Anda boleh buat perbandingan dengan hanya melalui internet di laman web seperti ringgitplusimoneycomparehero dan gobear.

#TIP 1 : Pilih manfaat

Salah satu tujuan saya ambil kad kredit adalah untuk memudahkan saya membuat bayaran tanpa perlu membawa tunai yang banyak. Apa yang saya amalkan adalah kad kredit hanya memudahkan bayaran dan tidak meningkatkan perbelanjaan.
Selagi mana penggunaan kad kredit tidak menyebabkan perbelanjaan bulanan saya meningkat, saya anggap kad kredit tidak membebankan.
Ketika memilih kad kredit yang sesuai, kriteria yang paling utama saya cari adalah bercirikan Islamik dan tidak mempunyai yuran tahunan (annual fee). Kebanyakan bank kini telah mengecualikan yuran tahunan untuk kad kredit mereka sebagai manfaat tambahan kepada pelanggan mereka.

RELATED: 5 perkara anda perlu tahu sebelum ambil kad kredit.

Selain itu, saya juga akan pastikan kad kredit saya boleh memberikan pulangan tunai atau cashback setiap kali saya menggunakan kad kredit tersebut. Sambil berbelanja, saya juga dapat berjimat melalui pulangan tunai tersebut.

Kenapa terlalu penting untuk memilih kad kredit yang sesuai?Jika anda mengambil kad kredit tanpa mengetahui kelebihan atau manfaat kad kredit tersebut, anda sebenarnya telah rugi. Sebagai pengguna, fahamkan dan gunakan sebaiknya segala kelebihan yang telah diberikan oleh pihak bank.

Lebih best lagi jika anda mohon kad kredit, anda dapat free gift yang menarik. Ada sesetengah pihak ketiga yang menawarkan smartphone jika kad kredit anda diluluskan. Oleh itu, anda perlu rajin buat carian di laman web seperti diatas.

#TIP 2 : Fahami gaya hidup

Perkara kedua yang saya buat adalah dengan memahami gaya hidup saya sendiri. Jika saya banyak menggunakan kenderaan semasa bekerja, saya akan ambil kad kredit yang boleh beri banyak cashback dari penggunaan petrol ketika mengisi minyak.

Selain petrol, kebanyakan kad kredit juga akan boleh berikan pulangan tunai yang banyak jika sering berbelanja di pasaraya yang terpilih. Saya tahu jika saya pergi beli barang harian dengan menggunakan tunai, saya hanya akan dapat barang yang saya beli sahaja. Namun, selepas saya gunakan kad kredit, pulangan tunai yang saya dapat memberi kepuasan kepada diri sendiri kerana dapat mengurangkan kos perbelanjaan.
Dengan hanya memahami gaya hidup sendiri serta memilih kad kredit yang betul, banyak penjimatan saya dapat saya lakukan.
Jika anda seorang yang suka pergi melancong dengan menggunakan kapal terbang, anda mungkin boleh ambil kad kredit yang memberikan ganjaran tinggi apabila anda menempah tiket kapal terbang.

#TIP 3 : Kumpul dan tebus hadiah

Ini adalah antara sebab utama kenapa saya masih guna kad kredit sehingga hari ini. Setiap tahun, dengan jumlah mata yang terkumpul melalui perbelanjaan harian, saya dapat tebus atau tukar dengan pelbagai jenis hadiah yang pihak bank tawarkan.

Selain tebus hadiah dari mata terkumpul, saya juga selalu gunakan kad kredit untuk menonton wayang untuk dapatkan harga tiket yang lebih murah. Sangat beruntung! Ketika waktu promosi, anda boleh guna kad kredit untuk dapatkan satu tiket wayang percuma dengan setiap pembelian satu tiket.
Jangan beli sesuatu barang yang tidak perlu hanya kerana ingin mengumpul mata kad kredit.
Sekali lagi, jika anda minat melancong, anda juga boleh gunakan mata terkumpul sepertik dari kad kredit Maybank, dan tukarkan ke AirAsia BIG Point. Anda boleh tukarkan mata terkumpul tersebut untuk tiket penerbangan. Semakin banyak mata yang anda kumpul, semakin mahal harga tiket yang anda boleh dapat secara percuma. Untuk lihat senarai hadiah yang kad kredit anda tawarkan, anda boleh semak di laman web bank kad kredit anda.

Bagi mengelakkan anda terlebih berbelanja menggunakan kad kredit, tetapkan had limit kad kredit anda pada satu jumlah yang minimum. Jumlah yang baik adalah bersamaan satu bulan gaji anda kerana itu adalah tahap risiko tertinggi anda.

#TIP 4 : Bayaran ansuran tanpa faedah

Sebagai seorang pelabur hartanah yang memerlukan perabot untuk diletakkan di dalam rumah sewa, fasiliti bayaran ansuran yang disediakan oleh kad kredit tersebut banyak membantu saya menyewakan rumah tersebut dengan mudah. Hasil yang diterima dari kutipan rumah sewa tersebut akan digunakan untuk membayar ansuran bulanan kad kredit tersebut.

RELATEDBagaimana kad kredit membantu meluluskan pinjaman perumahan anda.

Tanpa kad kredit, saya mungkin terpaksa mencari tunai yang banyak untuk memenuhkan rumah sewa saya dengan perabot -- atau mungkin terpaksa menunggu satu tempoh masa yang lama untuk mengumpul modal membeli perabot tersebut.
Lebih menarik lagi, pelan ansuran tersebut tidak mengenakan sebarang caj faedah. 
Kebiasaannya, saya memerlukan kos sekitar RM3,000 hingga RM4,000 untuk memenuhkan sebuah rumah sewa yang lengkap dengan perabot. Dengan fasiliti yang disediakan oleh kad kredit, saya boleh tukarkan kos RM3,000 tadi kepada bayaran ansuran tanpa sebarang faedah.

Kad kredit juga banyak membantu ketika berlaku sesuatu kecemasan yang tidak dapat dielakkan yang memerlukan perbelanjaan yang besar.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)