Bagaimana ejen takaful 'merosakkan' industri takaful itu sendiri


Image result for insurance industry

Kerjaya sebagai seorang ejen takaful merupakan satu kerjaya yang sangat mulia kerana dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan mengambil perlindungan pendapatan. Dalam menjalankan tugas memberi kesedaran kepada orang ramai, seorang ejen takaful juga bertanggungjawab menjaga industri takaful itu sendiri supaya tidak dipandang serong oleh orang ramai.

Sebagai seorang ejen takaful, anda perlu lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Demi menjaga industri takaful yang semakin berkembang dan diterima ramai, jangan sesekali melakukan perkara-perkara berikut.

Salesman bertopengkan consultant

Apakah perbezaan antara salesman dan consutlant?
Tugas seorang Salesman adalah untuk menjual sesuatu produk tanpa perlu melihat keperluan dan kesesuaian pelanggan. Manakala sebagai seorang consultant pula, anda perlu memberi nasihat yang sesuai dengan pelanggan anda dan pada masa yang sama memberi satu produk yang sesuai dengan pelanggan.

Jika anda adalah seorang consultant dalam bidang takaful, anda perlu lebih mahir dalam menilai keperluan seorang pelanggan berbanding kehendak anda untuk menjual. Fahami dan lihat situasi bakal pelanggan anda dan beri produk yang sesuai dengan mereka.

Tawar produk komisyen tinggi

Ada sesetengah dari ejen takaful lebih fokus untuk jual sesuatu produk takaful yang memberi komisyen lebih tinggi walaupun tidak sesuai dengan pelanggan. Perkara ini perlu dipandang serius kerana pelanggan mungkin mengambil produk yang tidak diperlukan oleh mereka dan berlakunya pembaziran.

Sebagai seorang ejen takaful yang baik, anda perlu menawarkan produk yang sesuai dengan keperluan pelanggan tanpa perlu mengambil kira komisyen yang bakal diterima. Jika komisyen menjadi matlamat utama, industri takaful serta kerjaya seorang ejen takaful akan dipandang rendah oleh orang ramai.

Sales menjadi matlamat utama

Kerjaya sebagai seorang ejen takaful memang mampu memberi pendapatan yang baik kepada sesiapa yang berusaha gigih dalam industri ini. Namun, jika anda melihat kerjaya ini semata-mata untuk buat jualan yang banyak, anda mungkin rasa tertekan dan melakukan apa sahaja untuk meningkatkan jualan anda.

RELATED: Nak ambil takaful tetapi tidak mampu. Ini caranya.

Matlamat yang perlu diutamakan adalah untuk memberi kesedaran dan khidmat nasihat berkenaan takaful kepada orang ramai. Dalam perniagaan, anda hanya perlu membantu orang ramai dan sales itu akan datang sendirinya.
Matlamat membantu orang ramai tidak akan datang jika anda hanya fokus mencari sales
Terdapat banyak kes di mana selepas pelanggan mengambil produk takaful yang ditawarkan, ejen tersebut terus hilang dan tidak dapat di hubungi ketika pelanggan ingin dapatkan bantuan.Kes seperti ini membuatkan pelanggan menjadi marah terutama jika tuntutan mereka tidak dapat dibuat disebabkan oleh kekurangan bantuan dari seorang ejen takaful.

Tidak faham produk

Jika anda masih baru dalam industri takaful, fahami dan pelajari semua produk yang ditawarkan sebaiknya. Jangan terus menawarkan produk tersebut tanpa anda sendiri memahami kelebihan dan kekurangan sesuatu produk.

RELATED: Takaful: Simpanan, pelaburan atau perlindungan?

Pada masa yang sama, anda juga perlu memberi penerangan yang lengkap kepada bakal pelanggan anda terutama tentang kekurangan produk tersebut. Beritahu secara lengkap supaya bakal pelanggan anda boleh membuat pilihan.

Salah teknik marketing

Internet memang tidak dapat dinafikan membantu dan memudahkan ejen takaful untuk mengiklankan produk mereka dengan cepat dan kos yang rendah. Namun, anda perlu lebih beretika dalam meletakkan iklan dan menyebarkan kepada kepada orang ramai.

Jangan sesekali membuat iklan yang tidak betul serta menjanjikan sesuatu yang tidak pasti. Selain itu, anda juga dilarang menceroboh privacy orang lain semata-mata untuk mengiklankan produk anda. Jika anda lakukan ini, pelanggan akan mula lari dari anda dan hilang kepercayaan dari mereka.

Jika anda berminat untuk menjadi seorang ejen takaful, sila dapatkan bantuan dari ejen takaful yang berpengalaman di kawasan anda atau boleh hubungi kami.

Comments

  1. Saya rasa stress bila asek leader suruh kjar sales je.. Nk quit je better

    ReplyDelete
  2. Kalo eila nak cari better place utk niaga boleh je pm saya tanya2 pemdapat amin 0132227632.. hidup bebas tanpa stress :)

    ReplyDelete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)