5 halangan terbesar yang menyukarkan anda dapatkan rumah pertama

Image result for obstacle

Anda masih tercari-cari rumah pertama?Bukan anda seorang sahaja tetapi ramai lagi rakyat Malaysia yang masih mencari rumah pertama mereka. Untuk dapatkan rumah pertama, bukanlah sesuatu yang sukar jika anda tahu caranya.

Ingat, rumah pertama anda mungkin boleh menjadi rumah untuk anda tinggal sendiri atau boleh dijadikan sebagai rumah pelaburan. Untuk rumah pelaburan, mungkin banyak kerja yang perlu anda lakukan berbanding memiliki rumah sendiri.

Berikut adalah antara halangan terbesar untuk anda dapatkan rumah pertama.

Anda mahu rumah di tengah bandar tetapi murah

Kebanyakan golongan yang tinggal di bandar mahu beli rumah baru, landed, besar dan murah! Ini adalah realitinya. Jika anda masih mempunyai impian sebegitu, semakin sukar untuk anda dapatkan rumah pertama anda.
Beli rumah pertama anda berdasarkan kemampuan bukan kehendak yang berlebihan.
Harga rumah di pinggiran bandar juga kini semakin mahal seperti Kajang, Semenyih, Meru dan Banting. Jika mahu rumah yang selesa dan murah, mungkin anda boleh pertimbangkan rumah yang berada di pinggiran bandar. Walaupun agak jauh dari tempat kerja anda, kemudahan lebuh raya akan memudahkan perjalanan anda.

Anda masih tiada deposit

Apabila tiada deposit, impian untuk memiliki hartanah terus musnah. Anda wajib ada deposit untuk beli rumah pertama anda. Cuma, apa yang membezakan adalah jumlah deposit yang mungkin lebih rendah jika anda beli terus dari pemaju.

RELATED: 'Ikat perut' ketika usia muda untuk elak masalah kewangan.

Nak beli rumah tanpa deposit?Mungkin ada caranya tetapi anda masih perlukan duit untuk menampung kos-kos lain seperti bayaran kepada peguam, penilai dan kos baik pulih. Oleh itu, kumpul deposit dari awal dengan bantuan medium simpanan yang memberikan pulangan yang baik.

Komitmen dan hutang yang sudah tinggi

Pinjaman kereta, peribadi dan kad kredit merupakan 'sahabat' yang paling setia tetapi pada masa yang sama juga menyukarkan anda mendapatkan rumah pertama. Semakin tinggi komitmen setiap bulan, semakin sukar pihak bank meluluskan pinjaman perumahan anda.

Mungkin anda pernah gunakan alasan seperti dibawah ini.

'Rumah bukan keperluan lagi'
'Pinjaman kereta lebih mudah lulus'
'Pinjaman kereta tanpa perlu deposit!'

Apabila usia semakin meningkat, baru kita akan sedar bahawa memiliki rumah adalah sangat penting terutama ketika harganya masih murah. Lupakan dahulu semua hutang-hutang yang boleh kurangkan gaji anda setiap bulan.

Mahu tunggu harga rumah murah

20 tahun lepas, sudah ramai yang menggunakan alasan 'menunggu harga rumah murah' untuk tidak beli rumah terlebih dahulu. Dan alasan ini masih digunakan sehingga hari ini. Jika anda dapat belajar sesuatu dari golongan terdahulu, pasti anda akan beli rumah pertama seawal mungkin.

Kawasan seperti Bandar Utama, Shah Alam, Petaling Jaya dan Bangi yang dahulunya anda boleh beli rumah pada yang sangat murah, kini tidak lagi. Rumah semakin mahal atas faktor permintaan yang tinggi terutama di kawasan yang mempunyai peluang pekerjaan yang banyak.
Perhatikan kawasan yang ingin dimajukan oleh kerajaan, mungkin anda patut beli rumah disitu.
Harapkan bantuan dari kerajaan

Walaupun sudah pelbagai jenis bantuan pemilikan hartanah yang disediakan oleh kerajaan, masih ramai yang mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat. Ambil peluang yang diberikan oleh kerajaan seperti rumah PR1MA, Skim Rumah Pertamaku, Projek Perumahan Rakyat atau Mydeposit.

RELATED: Apa itu analisis S-W-O-T dalam pelaburan hartanah

Jika anda meletakkan harapan yang terlalu tinggi dengan skim yang disediakan oleh kerajaan, mungkin anda akan rasa sangat kecewa jika tidak terpilih. Untuk skim bantuan kerajaan tersebut, biasanya anda perlu bersaing dengan seluruh rakyat Malaysia yang juga mahu dapatkan bantuan kerajaan.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post