Apa yang perlu anda lakukan jika sudah tidak mampu bayar hutang.



Apabila anda gagal mengurus kewangan anda dengan baik, hutang anda mungkin akan terus meningkat sehingga pada satu tahap anda tidak mampu lagi untuk membuat bayaran semula. Kes ini sering terjadi apabila perbelanjaan bulanan anda sudah melebihi pendapatan yang diterima setiap bulan.

Apabila terlepas bayaran untuk beberapa bulan, pihak bank akan menghantar laporan tersebut ke Bank Negara Malaysia (BNM) untuk merekod di dalam laporan CCRIS anda. Jika keadaan ini berlaku kepada diri anda, jangan panik tetapi mula cari jalan penyelesaian.

Tambah pendapatan 

Perkara asas dalam pengurusan kewangan adalah mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan. Jika hutang semakin banyak, cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan menambah pendapatan anda. 

Anda boleh lakukan dua atau tiga kerja sampingan untuk menampung hutang yang anda sudah buat. Ini adalah kesan apabila hutang tersebut tidak mampu diurus dengan baik pada peringkat awal lagi.
Awas! Jangan sesekali berfikir untuk meminjam dari pihak lain untuk membayar hutang sedia ada kerana tindakan tersebut akan mengeruhkan lagi keadaan.

Selain itu, satu teknik yang anda boleh guna adalah dengan menyelesaikan baki hutang yang sedikit dahulu. Cara ini adalah satu bentuk motivasi supaya anda dapat lihat hutang tersebut semakin berkurang. 

Bincang dengan pihak bank

Jika langkah diatas masih tidak dapat membantu anda membayar hutang sedia ada, anda boleh cuba berbincang dengan pihak bank. Beritahu kepada pihak bank akan masalah anda untuk membuat bayaran semula kepada mereka.

Pihak bank tidak akan mengurangkan jumlah pinjaman anda tetapi boleh membuat penjadualan semula supaya anda masih boleh bernafas setiap bulan dengan jumlah bayaran yang baru. Namun, langkah ini akan membuatkan tempoh pinjaman anda lebih panjang.
Anda boleh dibankrapkan jika hutang tertunggak anda sudah melebihi RM30,000. Oleh itu, berhati-hati dengan hutang anda.
Bantuan keluarga

Apabila masalah ini masih tidak boleh diselesaikan, anda juga boleh dapatkan bantuan dari ahli keluarga terdekat. Anda sebenarnya tidak digalakkan untuk melibatkan ahli keluarga lain dalam masalah kewangan anda. Perkara sebegini akan lebih mengeruhkan keadaan dan boleh menyebabkan masalah hubungan kekeluargaan.


Namun, jika tiada pilihan juga, anda boleh dapatkan bantuan kewangan, sokongan atau nasihat dari mereka. Anda juga boleh menyerahkan barang-barang yang bernilai kepada mereka untuk mendapatkan kepercayaan jika mereka mahu beri bantuan.

Bantuan badan berdaftar

Anda juga boleh dapatkan bantuan dari pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menguruskan hutang anda. Pihak AKPK akan menstruktur semula hutang sedia ada mengikut kemampuan bulanan anda.

Namun, satu perkara anda perlu faham adalah pihak AKPK tidak memberi sebarang bentuk bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang anda. Khidmat pengurusan kewangan yang mereka berikan adalah untuk berbincang dengan pihak pemiutang dan khidmat tersebut adalah percuma. Anda boleh hubungi pihak AKPK melalui talian 03-26167766 atau terus layari website AKPK.

Comments

ROHAN ANITA said…
Tuan / Puan,
Saya adalah pembiayaan dalam talian yang mempunyai reputasi, sah, dan pemberi pinjaman wang yang terakreditasi. Saya meminjamkan wang kepada individu dan badan yang bekerjasama yang memerlukan bantuan kewangan. Adakah anda mempunyai kredit yang buruk atau adakah anda memerlukan wang untuk membayar bil? Adakah anda memerlukan pinjaman atau pembiayaan untuk apa-apa sebab saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan kepada anda bahawa saya memberikan bantuan benefisiari yang boleh dipercayai kerana saya akan senang menawarkan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah. Perkhidmatan yang diberikan termasuk:

Membiayai semula
Pinjaman pencipta
Pinjaman kereta
Pinjaman kereta
Penyatuan hutang
Pinjaman perniagaan
Pinjaman peribadi
Dan banyak lagi

Sila tulis semula jika anda berminat, dan maklum balas anda akan dihantar melalui borang permohonan pinjaman untuk mengisi. (Tiada keselamatan sosial dan tidak ada pemeriksaan kredit, dijamin 100%) Saya berharap dapat memberikan saya perkhidmatan kepada anda. anda boleh menghubungi kami melalui e-mel:

Terima kasih kerana saya berharap dapat memberi saya perkhidmatan kepada anda ...

Maklumat kenalan.
E-mel: liame809@gmail.com
APA APP: +919035538183
Anonymous said…
Penyatuan hutang
Avant Credit said…

Adakah anda memerlukan pinjaman untuk tujuan peribadi atau keperluan perniagaan anda? Berikut adalah berita baik untuk anda. Anda berada di tempat yang betul. Kami mempunyai keupayaan untuk memberi pinjaman / perniagaan dan peribadi kepada syarikat dan individu pada kadar faedah 2%.
E-mel: azertmorter@gmail.com
whatsapp: +13219993670
https://avantinc.webnode.com
Alexander Lynge
Tawaran pinjaman bercagar

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)