Ini cara buat aduan sekiranya anda ditipu dalam transaksi jual beli.

Image result for take action

Pernah tak anda beli sesuatu barang kemudian rasa tertipu dengan pembelian tersebut?Jika pernah, adakah anda pernah buat aduan terhadap penipuan tersebut? Anda sebagai seorang pengguna mempunyai hak untuk membuat aduan dan tuntutan jika tidak berpuas hati dengan transaksi jual beli tersebut.

Langkah awal yang anda boleh buat adalah dengan pergi semula ke kedai atau syarikat berkenaan untuk menyelesaikan masalah atau buat ganti rugi sewajarnya. Sekiranya gagal mendapat kata sepakat, barulah anda boleh hantar satu surat rasmi kepada syarikat atau kedai berkenaan.

Untuk memastikan surat anda nampak lebih berkesan, anda boleh masukkan maklumat penting seperti dibawah:

1. Tulis maklumat lengkap tentang pembelian seperti harga, nama pekerja, tarikh pembelian, alamat kedai atau syarikat dan sebagainya.

2. Tulis jenis tuntutan yang anda ingin buat sama ada pemulangan wang, penggantian barang baru atau pembaikan.

3. Lampirkan salinan resit atau bukti pembelian.

4. Pastikan surat yang anda tulis mudah difahami dan jelas

5. Buat satu salinan surat tersebut dan hantar ke Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, persatuan pengguna dan sebagainya.

6. Kirim surat tersebut menggunakan pos berdaftar.

7. Jika tidak berkesan, anda boleh ambil langkah akhir dengan membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dengan mengisi borang 1 yang boleh didapatkan secara percuma.

Pastikan anda menggunakan hak anda sebaiknya dan tidak membiarkan penipuan dalam transaksi jual beli berleluasa.

Apakah jenis tuntutan yang anda boleh buat? Anda boleh rujuk sini [Klik]

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post