5 langkah mudah untuk menilai tahap kewangan anda.



Kami kongsikan 5 langkah mudah untuk anda tahu sama ada tahap kewangan anda dalam keadaan baik atau kurang baik.

Duit habis sebelum gaji masuk
Keadaan ini sering berlaku apabila anda gagal mengawal kewangan anda dengan baik. Punca utama adalah apabila perbelanjaan melebihi gaji yang diterima. Ini menyebabkan ramai yang tertunggu-tunggu gaji baru untuk masuk.


Tiada simpanan
Simpanan kecemasan sangat penting apabila anda sudah bekerja kerana anda mungkin terpaksa menanggung kos yang tidak terduga seperti kerosakan kenderaan atau barang peribadi lain. Jika anda sudah bekerja lebih setahun dan masih tiada simpanan, anda perlu lebih berhati-hati dengan pengurusan kewangan anda.


Tiada takaful
Jika anda tidak mempunyai caruman takaful setiap bulan, anda seharusnya risau dengan kewangan anda. Anda mungkin terpaksa menanggung kos perubatan yang sangat tinggi dan jika berlaku terhadap diri anda, waris anda mungkin akan mewarisi kesusahan tersebut.


Terpaksa menggunakan kad kredit
Apabila perbelanjaan sudah melebihi gaji yang diterima, cara terakhir untuk terus berbelanja adalah dengan menggunakan kad kredit. Ini satu habit yang menunjukkan kewangan anda dalam keadaan yang sangat bahaya.


Tiada pelaburan
Apabila sudah bekerja lebih dari 5 tahun dan anda masih tiada sebarang pelaburan sama ada melalui hartanah, unit trust, saham atau pelaburan lain, ini menunjukkan masa depan anda dalam bahaya. Anda mungkin akan kekurangan dana persaraan dan menyebabkan kehidupan anda sewaktu persaraan sedikit terganggu.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)