4 'Turning Point' dalam kewangan yang mampu mengubah hidup seseorang


Related image

Setiap orang yang berjaya pasti mempunyai satu 'pengalaman pahit' yang memberi motivasi untuk mereka berjaya.

Pengalaman pahit atau turning point dalam kehidupan ini biasanya memberi kesan yang sangat mendalam sehingga membuatkan seseorang bekerja lebih dari orang lain.

Berikut adalah empat (4) titik perubahan yang mampu mengubah hidup seseorang dalam kewangan.

#1 Kesusahan Hidup

Ini merupakan titik perubahan paling ramai yang terkesan. Kesusahan hidup yang memberi semangat dan dorongan kepada seseorang untuk menjadi lebih berjaya.

Ramai individu yang berjaya hari ini mempunyai pengalaman kesusahan hidup pada masa yang lepas. Dorongan yang kuat untuk mengubah hidup membuatkan individu tersebut bekerja lebih kuat berbanding orang lain.

#2 Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa dan keluarga juga boleh menjadi satu titik perubahan kepada seseorang untuk mengubah hidup.

Mereka adalah golongan yang paling disayangi dan sering memberi bantuan sejak dari kecil lagi. Sebab itu, hubungan yang kuat menyebabkan golongan ini menjadi titik perubahan yang sangat kuat.
Setiap kali anda ingin mengaku kalah, ingat semula keluarga anda yang mengharapkan anda
#3 Di Tipu 

Dalam kehidupan setiap individu, mesti pernah ditipu oleh orang lain sama ada individu yang kita kenal ataupun tidak kenal.

Pengalaman ditipu, terutama melibatkan kerugian satu jumlah wang yang besar mampu mengubah hidup seseorang untuk lebih berjaya.

#4 Berkawan Dengan Orang Berjaya

Jika anda berkawan dengan orang yang berjaya, anda akan mendapat aura yang positif untuk anda turut sama berjaya.

Anda bukan sahaja mendapat aura positif malah juga akan terima banyak ilmu yang mampu mengubah hidup anda. Pengalaman hidup orang yang berjaya juga akan memberi anda motivasi untuk berjaya seperti mereka.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post