Pelan Perlindungan 'Family Plan' lebih jimat jika anda mempunyai ramai anak

Image result for protect family

Jika anda merancang untuk membuat pelan perlindungan untuk keluarga anda, pakej keluarga yang ditawarkan oleh syarikat takaful adalah lebih jimat.

Jika anda mengambil pakej individu bagi setiap ahli keluarga, anda perlu mencarum sekurang-kurangnya RM150 bagi setiap orang secara purata. Jika suami, isteri dan empat orang anak, anda perlu keluarkan RM900 (RM150 x 6 orang) setiap bulan.

Dengan manfaat pakej keluarga, anda mempunyai pilihan dengan hanya anggaran RM400 - RM600 sebulan mengikut beberapa faktor seperti umur dan pekerjaan.

Berikut adalah antara kelebihan pakej keluarga untuk pelan perlindungan:

# Melindungi setiap ahli keluarga dengan limit asing

Dengan pakej keluarga, setiap ahli keluarga mempunyai kad perubatan sendiri dengan had limit tersendiri.

Dengan had limit tahunan minimum RM100,000 bagi setiap orang, sudah mencukupi untuk menanggung kos perubatan di hospital swasta.

# Sehingga anak umur 23 tahun

Secara asas, nama anak anda yang berumur 18 tahun akan terkeluar dari pakej keluarga. Namun, jika anak menyambung belajar di univesiti, pelan perlindungan tersebut akan sambung sehingga umur 23 tahun.

# Keperluan vs kehendak

Bagi individu yang tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan, kad perubatan (income protection) adalah lebih penting berbanding manfaat pampasan kematian (income replacement).

Namun, jika anda mempunyai pendapatan yang stabil serta bajet yang cukup, anda boleh ambil pakej individu bagi setiap anak anda. Pakej individu memberi manfaat tambahan seperti pampasan kematian, cacat kekal dan penyakit kritikal.

Pakej keluarga adalah sesuai bagi individu yang mempunyai ramai ahli keluarga dengan bajet yang lebih rendah.

Secara umum, pakej keluarga dan individu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Anda perlu merancang kewangan dan melindungi keluarga anda dengan baik.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)