5 Perkara Anda Perlu Fikir Sebelum Beli Rumah Di Kawasan Yang Baru Nak Naik


Kebanyakan harga rumah yang berada di kawasan Lembah Klang atau bandar-bandar utama yang lain adalah sangat mahal.

Kawasan-kawasan seperti Rawang, Meru, Klang, Nilai, Seremban dan lain-lain menjadi kawasan pilihan lain kerana harga yang masih lagi rendah berbanding di Lembah Klang.

Oleh sebab itu, anda boleh lihat banyak kawasan baru yang ingin dibuka dan dijadikan satu tumpuan baru selain dari Lembah Klang. Kawasan yang baru dibuka ini biasanya menawarkan rumah dengan harga yang lebih murah.

Jika anda merancang untuk tinggal di kawasan baru buka, berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu fikirkan.

1. Harga Rumah

Kawasan perumahan yang baru dibuka biasanya akan datang dengan harga rumah yang sangat murah terutamanya fasa awal.

Jika rumah yang ditawarkan adalah sama atau lebih tinggi dari kawasan yang sudah matang, sebaiknya anda perlu cari rumah tempat lain.

2. Pemaju

Untuk buka satu kawasan perumahan yang baru biasanya hanya pemaju yang besar sahaja mampu melakukannya.

Pemaju yang besar dengan status kewangan yang kuat, lebih mudah untuk membuka satu kawasan baru. Mereka mempunyai satu dana dan modal yang lebih besar berbanding pemaju yang lain.

Selain itu, risiko untuk kawasan tersebut gagal dimajukan juga adalah sangat rendah.

3. Fasiliti

Fasiliti atau kemudahan yang banyak dalam sesuatu kawasan akan menjadikan kawasan tersebut mendapat permintaan yang tinggi dari orang ramai.

Sebelum beli, anda boleh tanya kepada pemaju berkenaan kemudahan asas yang akan disediakan di kawasan tersebut.

Salah satu contoh kawasan yang kurang fasiliti dan kemudahan asas adalah seperti Bukit Beruntung. Tanpa kemudahan yang lengkap, ramai individu yang tidak mahu menetap di sana.

Kesannya, kawasan tersebut lebih lambat untuk naik dan lengkap dengan fasiliti asas.

4. Akses jalan

Salah satu faktor utama adalah dengan melihat akses jalan ke kawasan perumahan tersebut. Kawasan yang baik biasanya akan mempunyai sekarang-kurangnya dua (2) akses jalan keluar dan masuk ke kawasan baru tersebut.

Kawasan perumahan dengan satu akses jalan keluar akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang terlalu teruk.

Selain itu, anda juga perlu mengambil kira jarak kawasan baru tersebut ke pejabat anda. Jika kawasan tersebut berhampiran dengan lalu utama atau lebuh raya, lebih mudah untuk anda pergi dan balik ke tempat kerja.

5. Tujuan beli

Akhir sekali, perkara yang anda perlu fikirkan adalah berkenaan tujuan pembelian rumah tersebut.

Jika anda beli rumah tersebut untuk pelaburan, kawasan tersebut adalah sukar untuk disewakan semula kerana tiada permintaan yang tinggi.

Namun, dari segi keuntungan hasil jualan (beli dan jual semula), anda akan mendapat keuntungan yang lebih banyak kerana harga yang dibeli adalah murah berbanding rumah di fasa seterusnya.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post