4 Nasihat Kewangan Dari Penulis Buku Rich Dad Poor Dad

Siapa yang tidak kenal dengan penulis buku kewangan Rich Dad Poor Dad iaitu Robert Kiyosaki.

Mungkin ramai yang sudah baca buku pertama dari beliau yang popular ini. Dalam buku tersebut, terdapat dua orang ayah yang berbeza pendapat mengenai pengurusan kewangan iaitu seorang 'Rich Dad' dan seorang lagi 'Poor Dad'.

Terdapat beberapa perkara penting dalam buku tersebut boleh dijadikan sebagai satu nasihat kewangan dalam hidup kita.

#1 Rumah adalah satu aset atau liabiliti?

Kalau anda dapat lihat di media sosial hari ini ramai individu  yang menyarankan untuk semua orang memiliki rumah pertama sama ada sebagai pelaburan atau tempat tinggal sendiri.

Namun, adakah rumah yang kita miliki tersebut satu aset atau hanya satu liabiliti? Jawapannya dari buku Robert Kiyosaki adalah seperti berikut:

ASET : Jika rumah tersebut memberi keuntungan iaitu hasil sewa kepada kita setiap bulan (pendapatan meningkat), ia adalah satu aset.

LIABILITI : Jika rumah tersebut menyebabkan pendapatan bulanan kita berkurang (terpaksa bayar ansuran bulanan guna duit gaji), ia adalah satu liabiliti.

#2 Berbelanja atau melabur dahulu?

Seterusnya, perkara penting yang sering diberitahu dalam buku tersebut adalah satu habit iaitu kita seharusnya menyimpan/melabur terlebih dahulu sebelum berbelanja.

Ramai diantara kita hari ini lebih suka berbelanja terlebih dahulu selepas terima pendapatan, kemudian baru simpan baki pendapatan tersebut.

Kesannya, simpanan atau pelaburan yang berjaya dikumpul adalah terlalu sedikit dan tidak tetap. Namun, jika kita mengasingkan simpanan dan pelaburan terlebih dahulu, kemudian baru mula berbelanja, kita sudah mempunyai satu simpanan yang tetap setiap bulan.

Di Malaysia, anda boleh gunakan instrument pelaburan seperti Unit Trust, ASBf dan juga lain-lain lagi sebagai tempat untuk diasingkan setiap bulan.

#3 Bekerja untuk duit?

Kita bekerja untuk duit, atau duit bekerja untuk kita?

Biasanya, jika kita bekerja dengan majikan, kita adalah bekerja untuk duit. Selagi kita bekerja, selagi itu duit akan masuk setiap bulan. Tetapi, jika kita berhenti bekerja, duit juga akan berhenti masuk.

Jika duit bekerja untuk kita pula, maksud paling tepat adalah melalui pendapatan pasif seperti dari sewa rumah, dividen dan lain-lain. 

Anda tidak perlu bekerja kerana setiap bulan sudah mempunyai pendapatan pasif yang bekerja untuk anda.

Perkara penting yang anda boleh belajar adalah walaupun anda bermula dengan kerja makan gaji, anda mesti sentiasa tingkatkan pendapatan pasif anda.


#4 Duit boleh selesaikan semua masalah

Poor Dad percaya bahawa duit boleh selesaikan semula masalah dalam dunia. Namun, ramai orang kaya mempunyai duit sebenarnya gagal mengurus duit dengan baik sehingga menyebabkan mereka sendiri menjadi miskin.

Rich Dad pula berpendapat bahawa ilmu kewangan mampu menyelesaikan banyak masalah kewangan di dunia. Dengan ilmu, setiap orang boleh menjadi kaya.

Perkara ini menunjukkan ilmu pengurusan kewangan sangat penting dan membantu semua orang untuk menyelesaikan masalah kewangan.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)