5 Manfaat Untuk Staf Dari Syarikat Besar Anda Jarang Dengar


Salah satu perkara yang anda ingin tahu sebelum mula bekerja adalah manfaat yang diberikan oleh majikan kepada staf.

Manfaat yang sering diberikan kepada staf adalah seperti kad perubatan, manfaat bersalin, elaun perjalanan, tempat tinggal dan lain-lain lagi.

Biasanya, syarikat yang lebih besar dan gah memberi manfaat yang lebih banyak dari syarikat yang kecil.

Kami ingin kongsikan kepada anda lima (5) manfaat dari syarikat besar yang mungkin anda tidak pernah dengar.

#1 Saham Syarikat

Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat besar yang menawarkan saham kepada staf mereka setiap tahun.

Melalui manfaat ini, staf pada masa yang sama juga memiliki sebahagian saham syarikat dan mempunyai rasa bekerja untuk syarikat sendiri.

Salah satu sebab syarikat menawarkan saham mereka adalah untuk memberi motivasi kepada staf supaya bekerja lebih lama dengan mereka.

#2 Dana Pendidikan Keluarga

Mungkin anda pernah dengar syarikat menawarkan bantuan kewangan kepada staf mereka untuk sambung belajar secara separuh masa.

Tetapi, ada juga syarikat yang menawarkan dana pendidikan kepada ahli keluarga mereka yang sambung belajar di peringkat universiti.

Ini bermakna ibu bapa tidak perlu memohon pinjaman pendidikan atau menggunakan dana sendiri untuk anak-anak sambung belajar.

#3 Melancong Bersama Keluarga

Biasa kita dengar adalah syarikat membawa staf melancong ke luar negara seperti Family Day dan juga pergi training sambil melancong.

Namun, terdapat juga syarikat yang memberikan peruntukan dana setiap tahun untuk staf bawa keluarga mereka pergi melancong ke luar negara.

Tujuan utama adalah supaya staf dapat menghabiskan masa bersama keluarga selepas penat bekerja di pejabat.


#4 Kos Harian

Ya. Mungkin ini kali pertama anda dengar. Ada syarikat yang membenarkan staf untuk menuntut semula perbelanjaan seperti maintenance kereta, bil utiliti, pembelian perabot dan juga lain-lain lagi.

Cuma, syarikat tersebut mungkin akan menetapkan had tahunan tuntutan dari RM500 hingga RM1,000 setahun.

#5 Caruman KWSP tinggi

Bagi kebanyakan majikan, mereka hanya berikan syer majikan KWSP 13% sahaja untuk staf.

Namun, ada juga syarikat besar yang memberi syer majikan KWSP yang tinggi iaitu sehingga 18%!

Biasanya kadar yang tinggi ini diberikan kepada staf yang sudah lama bekerja di syarikat tersebut.

Jadi, syarikat anda pula macam mana? Kongsikan dengan kami manfaat menarik yang majikan anda tawarkan.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)