23 Ahli Waris Yang Berhak Dapat Harta Pusaka (Gambar)

Semua orang tahu bahawa pengurusan harta pusaka di Malaysia menggunakan sistem faraid.

Oleh itu, penting bagi kita semua untuk mengetahui ilmu asas dalam pengurusan harta pusaka supaya tidak mengalami masalah pada masa akan datang.

Kami ingin kongsikan senarai ahli waris yang mempunyai hak dalam harta pusaka seseorang.

  1. Suami / Isteri / Pasangan (P)
  2. Bapa (B)
  3. Ibu (I)
  4. Datuk Sebelah Bapa (DSB)
  5. Nenek Sebelah Bapa (NSB)
  6. Nenek Sebelah Ibu (NSI)
  7. Anak Lelaki (AL)
  8. Anak Perempuan (AP)
  9. Cucu Lelaki Daripada Anak Lelaki (CLDAL)
  10. Cucu Perempuan Daripada Anak Lelaki (CPDAL)
  11. Saudara Lelaki Seibu Sebapa (SLSiS)
  12. Saudara Perempuan Seibu Sebapa (SPSiS)
  13. Saudara Lelaki Sebapa (SLS)
  14. Saudara Perempuan Sebapa (SPS)
  15. Anak Saudara Lelaki Daripada Saudara Lelaki Seibu Sebapa (ASLDSLSiS)
  16. Anak Saudara Lelaki Daripada Saudara Lelaki Sebapa (ASLDSLSS)
  17. Saudara Lelaki Seibu (SLSi)
  18. Saudara Perempuan Seibu (SPSi)
  19. Bapa Saudara Seibu Sebapa Sebelah Bapa (BSiSSB)
  20. Bapa Saudara Sebapa Sebelah Bapa (BSSSB)
  21. Sepupu Lelaki Daripada Bapa Saudara Seibu Sebapa Sebelah Bapa (SLDBSSiSSB)
  22. Sepupu Lelaki Daripada Bapa Saudara Sebapa Sebelah Bapa (SLDBSSSB)
  23. Pembebas Hamba (Tiada Wujud Lagi Zaman Sekarang)


Jika anda mempunyai sebarang masalah berkenaan pengurusan harta pusaka, sila email ke duitkertas.com@gmail.com

Anda ingin buat seminar berkenaan pengurusan harta pusaka di pejabat anda? sila email ke duitkertas.com@gmail.com

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post