Cara Untuk Travel Gaya Jimat Dan Anda Boleh Travel Banyak Negara


Kalau anda ingin pergi melancong, tidak perlu berbelanja terlalu banyak.

Anda boleh pergi melancong dengan kos yang sangat minimum. Jadi anda boleh melancong ke banyak tempat dengan kos yang rendah.

Kami kongsikan beberapa cara untuk anda pergi melancong dengan gaya jimat dan seterusnya boleh pergi ke banyak tempat.

#1 Pilih Tarikh Bukan Pilihan

Kebanyakan harga tiket kapal terbang, hotel atau servis lain akan menjadi lebih mahal semasa musim pilihan seperti cuti sekolah.

Sebaiknya cuba pergi melancong ketika waktu tidak sibuk. Anda boleh jimat sehingga 50% dari perbelanjaan anda.

Selain itu, jika anda rancang untuk melancong dari awal juga akan dapat banyak penjimatan. Harga tiket kapal terbang dan hotel yang ditempah dari awal biasanya lebih murah jika ditempah last minute.

#2 Banding Harga Hotel/Hostel Murah

Jika anda merancang untuk pergi melancong ke banyak tempat dengan bajet yang minimum, pastikan pilih tempat penginapan yang murah.

Anda boleh buat perbandingan melalui beberapa website dan applikasi seperti booking.com, airbnb, trivago, agoda dan lain-lain lagi.

Selain harga yang murah, anda juga boleh lihat review dari pengguna sebelum ini.

#3 Buat DIY Itinerary 

Sebelum pergi melancong, pastikan anda sudah mempunyai itinerary atau aktiviti sendiri.

Ini bagi memastikan anda tidak membuang masa untuk mencari tempat yang menarik semasa berada disana. Anda juga dapat jimat dan membuat bajet yang lengkap.

Jika anda mengambil pakej aktiviti, bayaran yang perlu dikeluarkan adalah lebih tinggi.

#4 Masak & Makanan Tempatan

Jika anda datang melancong dalam kumpulan yang ramai, anda digalakkan untuk masak sendiri di tempat penginapan anda.

Pastikan anda membawa barang-barang untuk dimasak dan tempat penginapan disediakan tempat memasak.

Kebanyakan harga makanan di restoran adalah mahal terutama di kawasan tumpuan orang ramai. Anda juga boleh cuba makanan tempatan (selain dari restoran).

#5 Download Apps 

Pastikan telefon bimbit anda sentiasa dipenuhi apps yang sesuai untuk dibawa melancong.

Antaranya adalah seperti apps transalation bahasa untuk memudahkan anda berkomunikasi dengan bangsa lain. Apps tukaran matawang juga penting untuk melihat harga sesuatu barang yang dijual dengan menggunakan matawang lain.

Melancong bukanlah satu aktiviti mahal jika anda pandai mengurus bajet melancong dengan baik.

Comments

DG said…
Travel dengan bajet memang dapat menyeronokkan lagi belanja wang yang sikit saja.

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)