Anda Tidak Akan Puas Bekerja Jika Letak Duit Sebagai Matlamat Utama


Setiap orang yang bekerja pasti mengharapkan gaji diberi pada setiap hujung bulan.

Bagi sesetengah individu, mereka terpaksa bekerja untuk menyara diri dan keluarga. Namun, untuk mendapat kepuasan dalam bekerja, jangan sesekali letak duit sebagai satu matlamat utama.

Kami kongsikan beberapa sebab utama duit tidak sesuai untuk dijadikan sebagai matlamat utama dalam pekerjaan.

#1 Duit Akan Habis Selepas Digunakan

Setiap kali terima pendapatan atau gaji setiap bulan, pasti anda akan guna duit tersebut. Proses ini berulang setiap bulan sama ada

Walaupun sudah mendapat pendapatan yang tinggi, anda mungkin akan rasa tidak puas kerana tidak mencukupi. Sentiasa ingin mahu duit yang banyak.

Semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi juga perbelanjaan yang akan dikeluarkan.

#2 Buat Duit & Urus Duit

Seperti point pertama, jika anda mengharap untuk terima duit semata-mata, ianya akan habis juga.

Tetapi, jika pendapatan yang diterima kemudian diurus dengan baik, anda pasti akan rasa lebih puas dengan pekerjaan anda.

Jika pendapatan diurus dengan baik dan kewangan anda lebih stabil, anda tidak lagi meletakkan duit sebagai matlamat utama pekerjaan.

#3 Tidak Beri Manfaat Kepada Diri & Orang Lain

Jika sesuatu pekerjaan yang dilakukan memberi manfaat kepada diri dan orang lain, kepuasan yang diterima lebih tinggi.

Anda kena pastikan setiap pekerjaan yang dilakukan memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Contoh paling mudah adalah pekerjaan yang anda lakukan boleh membantu meningkatkan diri anda.

Setiap hari pastikan belajar perkara baru dalam pekerjaan atau dalam hidup.

Sekurang-kurang, hasil dari pendapatan yang diterima mampu untuk membantu orang lain.

Apa pendapat anda? Cuba komen dekat bawah.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post