Pelaburan Terbaik Anda Boleh Buat Ketika Ekonomi Negara Sedang Merudum

Image result for investment strategy economy down
Keuntungan dari setiap pelaburan akan terkesan dari keadaan ekonomi semasa.

Ketika ekonomi sedang naik, pelaburan juga akan beri keuntungan yang 'cun'. Manakala ketika ekonomi sedang merudum, pelaburan juga akan terkesan sehingga menyebabkan kerugian.

Sejak dari tahun 2015 lagi, ekonomi negara sedang dalam keadaan menurun dan sehingga kini, 2017 masih lagi dalam keadaan yang sama.

Berikut adalah beberapa pelaburan yang anda boleh buat ketika ekonomi sedang jatuh.

Pelaburan Hartanah

Ketika awal 2016, ramai yang takut untuk beli rumah kerana membuat spekulasi bahawa harga rumah akan jatuh. Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Harga rumah masih tetap naik (mengikut kawasan) dan ada juga harga rumah yang turun.

Kenapa harga rumah menurun?

Tuan rumah terdesak untuk menjual rumah tersebut atas faktor seperti dibuang kerja, gagal untuk bayar semula dan hutang lain yang sudah banyak. Apabila tuan rumah terpaksa menjual dengan harga yang lebih murah, pembeli akan mendapat keuntungan yang berganda-ganda.

Sebab itu, jika anda ingin melabur dalam hartanah, ketika ekonomi sedang jatuh adalah masa terbaik. Ramai yang terpaksa menjual rumah mereka dengan murah.

Selain itu, ada juga rumah yang terpaksa dilelong oleh pihak bank. Anda boleh lihat semakin banyak rumah yang terpaksa dilelong dengan harga yang lebih murah. Jika anda beli sekarang, harga rumah tersebut akan meningkat apabila ekonomi kembali pulih.

Ketika itu, anda boleh menjual semula rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi.

Pelaburan Unit Trust

Pelabura unit trust antara yang follow rapat ekonomi semasa. Ketika ekonomi naik, harga dana juga akan naik. Begitu juga sebaliknya.

Ketika ekonomi jatuh, kebanyakan harga dana dalam pelaburan unit trust juga akan menurun. Ketika ini, jika anda mahu menjual semula dana pelaburan unit trust, anda akan mengalami kerugian. Oleh sebab itu, ketika ini adalah masa terbaik untuk anda beli atau tambah dana dalam pelaburan unit trust.

Kebanyakan harga dana dalam unit trust ketika ini adalah sangat murah. Sekarang masa terbaik untuk beli murah dan jual ketika harga sedang naik.

Namun, bagi pelabur unit trust yang menggunakan kaedah regular saving plan iaitu simpanan setiap bulan, keadaan ekonomi tidak memberi kesan kerana mereka menggunakan kaedah ringgit cost averaging.

Diversify

Kaedah paling selamat untuk melabur adalah dengan melakukan diversification atau mempelbagaikan jenis pelaburan anda.

Antara pelaburan yang anda boleh buat adalah seperti hartanah, unit trust, ASB, saham dan emas. Setiap jenis pelaburan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri. Oleh sebab itu, jika anda boleh melabur ke semua tempat adalah lebih selamat.

Ilmu

Ketika ekonomi sedang jatuh, banyak pelaburan yang memberi pulangan yang tidak baik untuk jangka masa pendek. Perkara ini disebabkan ramai pelabur mula memperlahankan pelaburan mereka.

Oleh itu, ketika ini anda boleh mula melabur dalam ilmu pengetahuan.

Bagaimana untuk melabur dalam ilmu pengetahuan?

  • Beli buku
  • Pergi ke seminar
  • Baca artikel kewangan di website atau Facebook
  • Bergaul dengan individu mahir kewangan
  • Dapatkan nasihat secara peribadi dengan pakar kewangan
Pelabur yang baik, boleh membuat keuntungan ketika ekonomi sedang naik dan ketika ekonomi sedang jatuh.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)