Bayar Insuran Kebakaran Setiap Kali Beli Rumah. Ini Perkara Yang Anda Boleh Tuntut.


Setiap kali beli rumah, anda perlu bayar insuran kebakaran sebagai salah satu syarat wajib memiliki rumah tersebut.

Apa itu insuran kebakaran? Insuran yang melindungi rumah (bangunan) anda dari kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh kebakaran, kilat, bencana dan lain-lain.

Perlindungan rumah anda adalah untuk tempoh satu (1) tahun sahaja. Oleh sebab itu, anda perlu memperbaharui setiap tahun.

Secara asas, insuran kebakaran boleh melindungi rumah anda apabila berlaku keadaan seperti berikut:

  • Kebakaran, kilat & petir
  • Letupan
  • Pesawat dan peralatan udara atau barang yang terjatuh darinya
  • Kesan hentaman dari kenderaan darat atau haiwan yang bukan milik peserta takaful
  • Pecahan atau limpahan dari air tangki rumah
  • Kecurian
  • Taufan & angin ribut
  • Gempa bumi, letupan gunung berapi
  • Banjir
  • Rompakan dalam rumah
Senarai di atas adalah berdasarkan sijil takaful atau insuran kebakaran yang diambil. Setiap syarikat insuran mungkin memberi perlindungan yang tidak sama.

Berikut pula adalah perkara yang syarikat insuran tidak akan melindungi rumah anda:
  • Peperangan
  • Rusuhan, pemberontakan, rampasan kuasa & lain-lain
  • Keganasan
  • Kerosakan disebabkan oleh kerja atas arahan pihak berkuasa atau kerajaan
  • Kerosakan disebabkan oleh senjata nuklear
  • Kerosakan disebabkan oleh bahan radiasi
Untuk maklumat dan senarai penuh, anda perlu menyemak kembali sijil takaful atau insuran yang anda ambil.

Ke

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)