3 Cara Bagaimana Anda Boleh Kumpul RM100,000 Pertama Anda Dalam Masa 3 Tahun

Image result for calculation on paper
Setiap orang mempunyai impian untuk mengumpul duit yang sebanyak seperti RM100,000. Namun, jumlah tersebut mungkin terlalu tinggi yang menyebabkan mustahil untuk dicapai.

Statistik dari Bank Negara Malaysia juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sendiri mempunyai masalah untuk mempunyai tiga (3) bulan gaji mereka.

Tiada yang mustahil jika anda mahu mempunyai RM100,000 pertama anda dalam masa tiga (3) tahun. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh cuba.

#Menyimpan

Cara paling mudah adalah dengan menyimpan.

RM2,777 x 12 bulan x 3 tahun = RM100,000

Jika anda boleh menyimpan sebanyak RM2,777 sebulan untuk tempoh tiga (3) tahun, anda boleh dapat RM100,000.

Tetapi, cara ini agak mustahil terutama bagi individu yang mempunyai gaji RM4,000 ke bawah. Cara yang anda boleh lakukan adalah dengan menambah pendapatan setiap hari.

Anda perlu mempunyai tambahan pendapatan sebanyak RM93 sehari. Bagaimana? Banyak yang anda boleh lakukan untuk dapatkan RM93 sehari.

  • Jual ebook/affiliate dengan keuntungan RM30/ebook (jual 3 ebook sehari)
  • Jadi ejen takaful/unit trust dengan komisyen 20% secara purata 
  • Jadi pemandu Uber/Grabcar setiap malam & hujung minggu
Banyak lagi yang anda boleh lakukan untuk dapatkan RM93 sehari.

atau

Anda boleh simpan RM1,000 dari gaji tetap anda manakala lagi RM1,700 (RM2,700 - RM1,000) melalui pendapatan tambahan.

Jika anda tambah pendapatan sebanyak RM57 sehari, anda boleh dapat RM1,700 selepas sebulan. Hanya perlu lakukan perkara yang sama seperti diatas untuk dapatkan pendapatant tambahan.


#Beli rumah, jual rumah

Cara seterusnya adalah melalui pelaburan hartanah untuk jangka masa pendek. Cara terbaik adalah dengan membeli rumah dibawah nilai pasaran semasa.

Contohnya, anda beli rumah yang berharga RM100,000 manakala nilai pasaran semasa adalah RM150,000.

Semasa beli, anda sudah untuk RM50,000 manakala selepas tiga (3) tahun, rumah tersebut berpotensi untuk naik sehingga 11% - 12% setahun iaitu RM200,000. Jika jual dengan harga RM200,000, anda sudah mempunyai keuntungan sebanyak RM100,000.

Bagaimana nak cari rumah yang bawah nilai pasaran?

  • Paling mudah adalah melalui acara lelong. Anda boleh lihat senarai rumah yang dilelong dengan harga yang sangat murah.
  • Melalui penjual yang mahu menjual rumah tersebut dengan kadar yang segera dan terdesak.


Kos terlibat?

Dalam jual beli hartanah, terdapat banyak kos yang terlibat.

Semasa membeli, anda perlu menyediakan deposit rumah, kos peguam, insuran, kos penilaian dan lain-lain lagi. Manakala semasa ingin menjual, anda juga bakal dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) jika jual kurang dari lima (5) tahun.

#Berniaga

Anda perlu mendapat keuntungan RM2,700 sebulan untuk dapatkan RM100,000 dalam masa tiga (3) tahun.

Dalam perniagaan, jumlah tersebut mungkin dianggap mudah jika anda sudah mempunyai pengalaman. Cara paling mudah adalah dengan menjadi ejen dropship untuk produk kecantikan (permintaan tinggi).

Kebanyakan produk kecantikan boleh memberi komisyen antara RM30 - RM50 bagi satu produk. Jika anda mampu menjual 3 produk sehari, anda akan terima RM150 (RM50 x 3 produk).

RM150 sehari x 30 hari = RM4,500. Jika anda berniaga secara sepenuh masa, jumlah ini mungkin tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian anda.

Dalam perniagaan, selalunya jualan anda akan meningkat selepas anda mempunyai pelanggan setia yang ramai. Anda tidak boleh mengharapkan jualan yang banyak pada peringkat awal.

Jual nasi lemak?

Jika nasi lemak berjaya dijual pada harga RM1.50 sebungkus, keuntungan yang boleh dapat adalah sekitar RM0.30 hingga RM0.50 bergantung kepada kos yang dikeluarkan.

Jika anda jual 100 bungkus sehari, anda boleh dapat keuntungan RM50 sehari.
Jika anda jual 200 bungkus sehari, anda boleh dapat keuntungan RM100 sehari.
Jika anda jual 300 bungkus sehari, anda boleh dapat keuntungan RM150 sehari.

Anda hanya perlu mengetahui idea untuk tingkatkan jualan nasi lemak anda sahaja.

  • Kebanyakan peniaga nasi lemak yang viral & sedap memang akan dapat keuntungan yang berganda
  • Jika anda sudah mempunyai pelanggan sedia ada, mereka akan bantu sebarkan perniagaan anda.
  • Dapatkan tempahan untuk majlis di pejabat kerana setiap tempahan adalah antara 50 - 200 bungkus.
  • Letak di kedai mamak

Tiga (3) cara diatas mungkin sesuai bagi sesetengah individu dan tidak sesuai bagi sesetengah individu. Anda boleh cuba cara yang sesuai dengan kewangan anda.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post