5 cara suami boleh buat untuk 'paksa' isteri mulakan perniagaan



Isteri yang mempunyai suami bekerja sendiri atau berniaga pasti pernah dipaksa oleh suami untuk berniaga bersama mereka.

Berniaga bukan melibatkan jual dan beli sahaja tapi juga minat yang mendalam. Untuk suami, anda tidak boleh paksa isteri untuk berniaga kalau mereka sendiri memang tidak ada minat untuk berniaga.

Tetapi, suami boleh cuba lima (5) cara ini untuk 'memaksa' isteri mulakan perniagan sendiri.

Jadi bisnes partner

Langkah paling mudah adalah dengan melantik isteri sebagai bisnes partner suami dalam perniagaan. Walaupun tidak banyak membantu dalam perniaagan, isteri boleh bertindak sebagai pendorong dan pemberi semangat.

Biarkan isteri terlibat secara lebih dekat dengan perniagaan suami. Dengan cara ini, isteri akan lebih memahami konsep perniagaan yang dilakukan oleh suami. Lebih menarik, sebagai bisnes partner, isteri juga bakal menerima komisyen atau elaun.

Isteri akan lebih bersungguh-sungguh untuk sertai perniagaan suami selepas menerima duit tersebut. Ini adalah perkara biasa kerana sifat perempuan yang sukar untuk melihat sesuatu untuk jangka masa panjang. Melainkan, sudah menerima duit tersebut.

Buat jadual 

Selain itu, sebagai suami, anda juga boleh buat satu jadual yang boleh dilakukan oleh isteri untuk mulakan perniagaan. Salah satu sebab isteri tidak mulakan perniagaan adalah kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Buat satu jadual yang mudah seperti masa untuk melakukan pemasaran, cara pemasaran yang betul, masa untuk melakukan sales dan lain-lain lagi.

Jadual yang disediakan akan memudahkan isteri untuk melihat konsep perniagaan ini.


Seimbang antara kerja dan peribadi

Ada juga isteri yang tidak mahu terlibat dalam perniagaan kerana mereka sering lihat suami sentiasa sibuk dengan perniagaannya.

Apa yang perlu anda buat adalah dengan menunjukkan gaya hidup yang seimbang antara kerja dan peribadi. Jika suami boleh menunjukkan yang pekerjaan tidak akan ganggu kehidupan mereka, isteri akan lebih berminat.

Mempunyai matlamat yang sama

Sebagai permulaan, cara untuk menaikkan semangat isteri untuk mulakan perniagaan adalah dengan menetapkan satu matlamat yang sama. Maksudnya, suami dan isteri perlu bekerjasama untuk mendapatkan matlamat mereka.

Matlamat paling mudah adalah dengan mengumpul keuntungan. Contohnya, suami dan isteri mempunyai matlamat untuk mempunyai RM100,000 dalam masa satu tahun.

Matlamat tersebut juga tidak terlalu besar supaya tidak dianggap mustahil oleh isteri. Pada masa yang sama, matlamat tersebut juga tidak terlalu kecil supaya isteri tidak berminat langsung.

Hormat

Akhir sekali, perkara penting yang anda perlu lakukan adalah dengan sentiasa menghormati antara satu sama lain. Jangan sesekali memaksa isteri untuk mulakan perniagaan semata-mata untuk menjadi kaya dan mendapat keuntungan.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)