10 Nasihat Kewangan yang Sepatutnya Saya Tahu Ketika Umur 20 Tahun.

Image result for giving advice

Kebanyakan individu yang sudah berusia 30 tahun ke atas mula mengeluh apabila mereka melakukan kesalahan dalam pengurusan kewangan mereka.

Apabila sudah terlewat, memang sukar dan membebankan untuk mulakan pengurusan kewangan semula.

Berikut adalah 10 Nasihat Kewangan yang mereka harap boleh dengar ketika umur 20 tahun.

#1 Guna kad kredit dengan betul
Setiap kali pergi keluar berbelanja, pasti guna kad kredit. Menggunakan kad kredit memang tidak salah. Tetapi, jika anda tersalah guna, anda terpaksa menanggung hutang yang tiada penghujung.

Macam mana nak guna kad kredit dengan betul? Paling mudah, anda anggap kad kredit adalah kad debit anda. Hanya guna mengikut jumlah simpanan yang ada dalam akaun simpanan bank anda. Selepas guna, terus buat bayaran.

#2 Buat rekod hutang dengan bank

Dulu, ramai yang anggap jika tiada hutang langsung dengan pihak bank, lebih mudah untuk lulus pinjaman perumahan atau kereta.

Tetapi, untuk lepas pinjaman rumah, anda perlu ada satu rekod pinjaman dengan pihak bank. Tujuannya, supaya pihak bank dapat lihat cara bayaran semula kita setiap bulan. Jika sentiasa bayar tepat pada masanya, lebih mudah untuk lulus pinjaman seterusnya.

#3 Melabur dari awal @ bukan untuk orang kaya sahaja

Pelaburan hanya untuk orang kaya sahaja? Tidak!

Anda boleh mula melabur sekarang dengan modal yang sangat minima. Lebih awal anda mula melabur, lebih mudah untuk anda mendapat keuntungan. Pelaburan adalah untuk satu tempoh masa yang panjang. Jika anda bermula lewat, keuntungan anda juga akan datang lewat.
Dapat melabur RM100 sebulan pun dah ok
#4 Simpanan untuk 6 bulan

Sekarang, kalau perlukan duit untuk kes-kes penting seperti smartphone rosak, kereta rosak mesti terpaksa guna kad kredit.

Kalau ada simpanan enam (6) bulan, tak perlu guna kad kredit atau lebih teruk pinjaman peribadi.

#5 Tahan beli kereta walaupun mampu

Walaupun mampu beli kereta dengan pinjaman, selagi boleh tahan, sebaiknya jangan beli dahulu. Kereta hanya akan mengurangkan pendapatan anda dan meningkatkan perbelanjaan anda.

Kalau tersalah beli kereta yang terlalu mahal, memang susah sangat nak buat simpanan setiap bulan. Nak melabur lagi susah.

#6 Tidak berbelanja mengikut trend

Duit banyak habis semata-mata untuk mencuba trend yang tidak akan habis. Gadget baru, makanan yang viral dan macam-macam lagi.

Jika anda sentiasa mengikuti trend semasa ini, anda hanya akan berbelanja untuk mencuba sahaja. Trend tersebut memang tidak akan habis dan ada sahaja perkara baru setiap hari.

#7 Ambil pelan perlindungan seawal usia

Dulu memang tidak percaya pelan perlindungan kerana masih sihat dan muda. Tetapi, ketika muda adalah masa terbaik untuk ambil pelan perlindungan.

Apabila usia meningkat, baru nak ambil pelan perlindungan, anda akan terasa sangat mahal dan tidak berbaloi. Melainkan anda sanggup bayar mahal-mahal.

#8 Tidak ambil produk kewangan kerana kawan semata-mata

Ambil pelan perlindungan, pelaburan unit trust, pembiayaan ASB dan lain-lain lagi semata-mata kerana kawan. Masalah utama adalah tidak memahami produk yang telah diambil.

Kesannya, anda ambil pelan perlindungan yang mahal tetapi manfaat rendah dan ambil pelaburan yang tidak memberi keuntungan langsung.

#9 Fokus kepada beli rumah dahulu

Kenaikan harga rumah terlalu laju berbanding kenaikan pendapatan. Sebab itu, semakin lama anda tunggu untuk beli rumah, semakin sukar untuk anda dapatkan rumah pertama.

Apabila dapat kerja pertama, fokus utama adalah untuk dapatkan rumah terlebih dahulu. Lupakan dahulu yang lain-lain.

#10 Aktiviti hari minggu tambah ilmu

Dulu, hujung minggu banyak dihabiskan dengan aktiviti yang tidak memberi manfaat.

Sepatutnya, hari minggu anda patut dipenuhi dengan aktiviti menambah ilmu kewangan dan pelaburan. Sama ada pergi ke seminar atau beli buku sebagai bahan bacaan.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post