5 sebab kenapa suami perlu jadi ‘akauntan’ dalam keluarga dan bukannya isteri


Perkara yang biasa kita dengar adalah isteri perlu menjadi ‘gabenor bank’ atau akauntan dalam keluarga. Alasannya, lelaki lebih bersikap boros dan tidak tahu mengurus wang dengan baik.

Tetapi, kami mempunyai beberapa sebab yang menunjukkan lelaki seharusnya menjadi ‘akauntan’ dalam keluarga dan bukannya isteri.

Berikut adalah beberapa sebab-sebabnya.

Mahir nombor dan pelaburan

Kebanyakan lelaki lebih minat dan mahir dengan nombor  berbanding perempuan. Ini menunjukkan bahawa lelaki lebih mahir menguruskan duit yang sering berkait rapat dengan nombor-nombor.

Awas, perempuan mungkin tidak minat nombor tetapi duit adalah sesuatu yang berbeza!

Selain itu, lelaki juga lebih minat melabur berbanding wanita kerana mereka lebih berani mengambil risiko pelaburan tersebut. Kalau lelaki suka masuk skim cepat kaya, jangan sesekali beri duit pada mereka.

Kurang nafsu shopping

Walaupun lelaki sering dikaitkan dengan boros, wanita juga mengalami masalah yang sama iaitu kuat berbelanja. Kita dapat lihat apabila musim jualan akhir tahun dan juga promosi dimana pusat beli belah dipenuhi dengan kaum wanita.

Berbanding wanita, lelaki kurang berminat untuk pergi berbelanja di pusat beli belah tetapi sanggup menghabiskan duit semasa-mata untuk hobi mereka.

Lebih mahir mengawal emosi

Perempuan kalau tengah stress, mereka akan pergi makan sedap-sedap, tengok wayang dan shopping.
Lelaki pula kalau tengah stress, tidur lebih baik.

Lelaki lebih mahir mengawal emosi mereka terutama ketika dalam keadaan seperti sedia, kecewa dan marah tanpa perlu melibatkan kos yang banyak untuk mengatasinya. Maksudnya, walaupun dalam keadaan marah atau sedih, jumlah perbelanjaan tidak terganggu.

Masa depan lebih jelas

Berdasarkan soal jawab yang Page FB Nasihat Kewangan lakukan, kebanyakan wanita tidak ada rancangan masa hadapan terutama dari segi pengurusan kewangan.

Pengurusan kewangan melibatkan satu rancangan masa hadapan yang teliti terutama melibatkan simpanan, pelaburan, bajet dan lain-lain lagi. Walaupun wanita adalah lebih teliti berbanding lelaki, tetapi mereka kurang minat terhadap perancangan untuk tempoh masa panjang.

Keputusan lebih cepat

Biasanya, wanita mengambil masa yang lebih lama untuk membuat keputusan dalam pengurusan kewangan. Mereka lebih suka untuk meminta pandangan dari ramai pihak untuk membantu mereka membuat keputusan.

Sebagai ketua keluarga, lelaki perlu cepat membuat keputusan dan tidak boleh bertangguh. Contohnya, keputusan membeli rumah, mengambil pelan perlindungan, membuat pelaburan dan lain-lain lagi.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)