Amanah Hartanah Bumiputeraa (AHB) : Satu lagi peluang pelaburan yang anda perlu ambil


Nak melabur dalam hartanah tetapi tiada cukup deposit? Atau tidak layak pinjaman perumahan?

Jangan risau kerana anda kini melabur dalam hartanah melalui Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

Apa itu AHB? 
AHB adalah satu dana unit trust patuh shariah yang melabur dalam hartanah komersil terletak di lokasi utama di Malaysia.

Sama juga seperti konsep pelaburan unit trust yang anda pernah dengar sebelum ini, cuma AHB melabur sepenuhnya dalam hartanah.


Untung?
Keuntungan yang anda terima adalah berdasarkan prestasi hartanah komersil yang anda laburkan. Contohnya, jika hartanah komersil tersebut berjaya di sewakan, anda akan mendapat untung melalui hasil sewa tersebut. Keuntungan akan diterima dalam bentuk dividen.

Keuntungan yang diterima adalah selepas tolak zakat. Selain itu, keuntungan ini juga adalah dikecualikan dari cukai.

Minimum pelaburan
Anda boleh mulakan pelaburan AHB ini dengan serendah RM100 sebulan. Anda juga boleh melabur melalui akaun KWSP anda.

Bagaimana untuk buka akaun?
Anda boleh pergi ke cawangan Maybank atau Ambank yang berhampiran untuk buka akaun AHB anda.

Terdapat dua (2) jenis akaun iaitu dewasa dan remaja (bawah 18 tahun) yang anda boleh buka.

Kelebihan melabur dalam AHB
  • Pelaburan dalam hartanah komersil di lokasi utama di Malaysia
  • Skim Pelaburan yang disijilkan patuh shariah
  • Modal permulaan yang rendah
  • Pelaburan jangka masa panjang dengan anggaran pulangan yang baik
  • Diuruskan oleh pengurus dana yang profesional dan berpengalaman


Risiko melabur dalam AHB
  • Risiko kecairan – Hartanah merupakan satu aset yang mengambil masa yang lama untuk dicairkan. Maksudnya, hartanah tersebut mungkin mengambil masa yang lama untuk dijual kepada pihak lain.
  • Risiko kadar untung – Jika kadar keuntungan meningkat, pelaburan AHB ini akan menurun nilainya kerana kos yang lebih tinggi.
  • Risiko pajakan – Hartanah yang dilaburkan tersebut mempunyai risiko tidak disewakan atau penyewa mengambil keputusan untuk menarik dari lebih awal dari tempoh pajakan. Perkara ini akan menganggu prestasi dana pelaburan tersebut.
Kadar keuntungan tahun sebelumnya

Tahun March (sen/unit) September (sen/unit)
 2011    2.17                 3.25
 2012    3.25                 3.25
 2013    3.25                 3.25 + 1.00*
 2014    3.30                 3.30
 2015    3.30                 3.30
 2016    3.30                 3.20
*Bonus 

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post