Kejayaan hanya dicapai apabila menjadi kaya? Ini pandangan 5 usahawan mengenai maksud kejayaan sebenar

Image result for success entrepreneur

Sesetengah individu mungkin percaya kejayaan hanya dicapai apabila sudah menjadi jutawan. Ada juga yang percaya kejayaan adalah satu kepuasan selepas mencapai sesuatu matlamat kecil atau besar.



Berikut adalah beberapa pandangan dari usahawan yang berjaya mengenai maksud kejayaan.

Arianna Huffington (Huffington Post)

"Kejayaan bukan sahaja bermaksud mempunyai duit dan kuasa tetapi mesti juga mempunyai empat (4) faktor ini; kesejahteraan, kebijaksanaan, ingin tahu dan suka memberi. (well-being, wisdom, wonder, and giving)"

Richard Branson (Virgin Group)

"Jika anda suka dengan kerja yang anda buat, anda akan rasa kejayaan"



Sara Blakely (Spanx)


"Kejayaan adalah apabila anda berani mencuba, mengambil risiko dan bangkit apabila gagal"

Steve Jobs (Apple)

"Kejayaan adalah sesuatu yang datang selepas mencuba beberapa kali dan tidak pernah putus asa"

Elon Musk (SpaceX)

Kejayaan adalah apabila melibatkan diri dengan perkara yang mengubah dunia

“I like to be involved in things that change the world.”

Sumber asal : Enterprenuer


Bagi kami pula, kejayaan bukanlah hanya apabila anda menjadi kaya tetapi juga mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Berjaya membantu dan meningkatkan taraf hidup orang lain
2. Kepuasan apabila mencapai sesuatu matlamat
3. Mengubah diri sendiri menjadi lebih baik

Comments

  1. Pertama sekali kena set minda iaitu jangan sesekali mengharapkan penghargaan dan pergantungan hidup dari manusia. Sebaliknya hendaklah berusaha atas kaki sendiri tanpa dahagakan penghargaan dan pujian dari manusia.

    ReplyDelete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)