5 sebab pelanggan 'rela hati' tukar ke syarikat takaful lain. Ejen takaful sila ambil perhatian



Dalam Malaysia, terdapat beberapa pilihan syarikat takaful yang menjadi pilihan pelanggan. Terdapat juga sesetengah pelanggan yang sudah mengambil pelan dari syarikat takaful A kemudian berpindah ke syarikat takaful B.

Berikut adalah beberapa faktor utama pelanggan dengan rela hati menukar pelan dari syarikat takaful lama mereka ke syarikat baru.


Ejen tidak jalankan tugas dengan baik

Faktor utama yang menyumbang kepada penukaran ke syarikat baru adalah ejen takaful sedia ada tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Contohnya adalah apabila sering lewat memberi bantuan atau tidak memberi sebarang info dan maklumat baru berkenaan perubahan sijil takaful mereka.

Selain itu, sikap ejen takaful yang memilih dalam memberi layanan kepada pelanggan juga menyebabkan pelanggan tidak suka. Ejen takaful biasanya akan lebih fokus kepada pelanggan yang berstatus tinggi seperti golongan kaya atau VIP berbanding golongan biasa.

Baca :Bagaimana untuk pilih pelan perlindungan mengikut kesesuaian diri

Tiada hubungan antara ejen dan pelanggan

Hubungan sebagai ejen dan pelanggan biasanya tidak kekal lama. Sebagai manusia biasa, pelanggan juga mahukan hubungan yang lebih mesra dengan ejen mereka dan bukan sekadar hubungan perniagaan sahaja.

Apabila pelanggan tidak rasa selesa dengan ejen, mereka mempunyai pilihan untuk menukar ke ejen lain yang lebih selesa dan membantu.

Tidak mendapat manfaat seperti yang dijanjikan

Sebelum melanggan pelan takaful, pelanggan telah dijanjikan dengan pelbagai janji berkenaan manfaat yang bakal diterima. Namun, apabila manfaat tersebut tidak dapat digunakan, pelanggan mula rasa kecewa dengan servis yang diberikan.

Masalah seperti ini juga menjadi penyumbang utama kenapa pelanggan menukar pelan perlindungan mereka ke syarikat lain.

Komitmen yang semakin tinggi

Apabila pelanggan mula terbeban dengan caruman yang perlu dikeluarkan setiap bulan, mereka mula mencari satu pelan lain yang lebih jimat. Kes seperti ini sering berlaku apabila pelanggan adalah ketua keluarga dan mempunyai anak yang ramai.

Salah satu jalan penyelesaian adalah dengan mengambil pelan yang mengikut keperluan berbanding kehendak mereka. Selain itu, pakej keluarga juga menjadi salah satu pakej pilihan yang lebih jimat.

Baca : Ambil pampasan secukupnya supaya waris tidak terbeban

Manfaat pakej baru yang lebih baik

Bagi individu yang sudah mengambil takaful atau kad perubatan yang lama, mereka biasanya mendapat lebih manfaat dengan caruman yang lebih rendah. Berbanding dengan keadaan hari ini yang lebih mahal.

Namun, pelanggan juga perlu menyemak kembali sijil takaful mereka sama ada masih lagi sesuai dengan kenaikan kos perubatan seperti had tahunan dan had seumur hidup. Had tahunan yang rendah menyebabkan risiko menjadi lebih tinggi.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post