6 sebab kenapa anda perlu ada pendapatan sampingan walaupun sudah mempunyai pekerjaan tetap

Image result for work hard

Jika sebelum ini anda pernah dengar menteri memberi nasihat supaya buat 3 kerja dalam untuk tambah pendapatan. Kami juga ingin sarankan anda untuk lakukan kerja sampingan untuk dapatkan pendapatan tambahan setiap bulan.

Berikut adalah 5 sebab kenapa anda perlu buat kerja sampingan walaupun kerja semasa anda sudah mempunyai gaji yang tinggi.

Tiada jaminan

Jawatan tinggi sekalipun, tiada jaminan yang anda akan kekal untuk pegang jawatan tersebut. Kita boleh lihat dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai syarikat mula buang pekerja untuk jimat kos operasi syarikat masing-masing.

Jika anda tiada pendapatan sampingan, anda mungkin akan rasa terbeban apabila punca pendapatan hilang secara tiba-tiba. Ini berbeza jika anda sudah mempunyai pendapatan sampingan kerana anda masih mempunyai wang untuk meneruskan hidup seperti biasa.

Kekal gaya hidup

Salah satu cara bijak untuk mengurus kewangan adalah berbelanja menggunakan pendapatan sampingan anda. Manakala gaji atau pendapatan tetap setiap bulan digunakan untuk simpanan dan pelaburan.

Melalui ini cara ini, perbelanjaan untuk gaya hidup anda akan meningkat jika pendapatan sampingan anda juga meningkat. Anda tidak perlu risau lagi tentang simpanan atau pelaburan kerana semuanya sudah tersedia melalui pendapatan tetap anda.

Nak guna kereta mewah? Tiada masalah. Anda hanya perlu menggunakan pendapatan sampingan anda tanpa mengusik pendapatan tetap.

Kos sara hidup meningkat

Peningkatan kos sara hidup lebih laju berbanding kenaikan gaji. Maksudnya, kenaikan gaji yang diterima setiap tahun tidak mampu menampung kenaikan kos sara hidup. Contohnya, 10 tahun lepas dengan gaji RM3,000 sudah boleh hidup selesa di Kuala Lumpur. Namun, pada hari ini, dengan gaji RM3,000 di Kuala Lumpur sahaja sudah digelar miskin bandar.

Bagi mengatasi masalah kos sara hidup yang meningkat laju, pendapatan sampingan adalah caranya. Jangan kerana kos sara hidup meningkat, anda terpaksa mengambil pinjaman peribadi untuk mengekalkan gaya hidup anda.

Ini yang sering berlaku pada hari ini. Ramai individu yang mengambil pinjaman peribadi atau pinjaman dari kad kredit untuk perbelanjaan harian mereka.

Baca : 3 jenis pendapatan yang anda perlu tahu

Kenaikan gaji lambat

Semakin lambat gaji anda naik, semakin kurang simpanan dan pelaburan yang anda boleh lakukan. Anda tiada pilihan melainkan melakukan kerja sambilan bagi memastikan anda masih mampu membuat simpanan dan pelaburan.

Terutama bagi golongan yang bergaji rendah, memang sukar untuk melakukan simpanan dan pelaburan setiap bulan.

Kecemasan

Selain faktor ekonomi yang akan menekan hidup anda, faktor luaran lain seperti kecemasan juga akan menekan hidup anda jika tiada pendapatan yang stabil. Kes-kes kecemasan seperti kos perubatan yang tinggi, kes baik pulih rumah, baik pulih kereta, kehilangan barang berharga dan banyak lagi.

Ingin bersara awal

Semakin banyak simpanan dan pelaburan yang anda lakukan, semakin cepat anda bersara. Memang menjadi idaman setiap orang untuk bersara awal iaitu sebelum umur 40 tahun. Namun, banyak perkara yang perlu anda lakukan beserta rancangan yang rapi.

Baca : Cara mudah untuk rancang pelan persaraan untuk bersara lebih awal


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post