Pekerjaan yang 'popular' kini bukan lagi satu pilihan


Ketika masih di sekolah rendah, kita sering ditanya berkenaan dengan cita-cita selepas tamat belajar. Antara jawapan yang sering diberi adalah jenis pekerjaan popular seperti doktor, askar, polis dan lain-lain lagi.

Dulu, pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan yang dipandang tinggi dan dihormati. Manakala tidak ramai pula yang bercita-cita mahu menjadi seorang penjual atau salesman.  Dunia kini sudah berubah dan keperluan manusia juga adalah untuk hidup selesa disamping terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi.

Pekerjaan yang popular tidak menjamin seseorang itu dapat hidup dengan selesa serta tidak menghadapi masalah kewangan. Lebih mengejutkan, golongan cerdik pandai tersebut juga merupakan antara mangsa yang terlibat dengan skim cepat kaya.

Dengan teknologi internet yang berkembang maju, ramai yang sudah mula menjana pendapatan melalui internet dengan hanya kerja dirumah. Selain itu, pekerjaan tanpa internet seperti penasihat kewangan, ejen hartanah dan lain lagi juga menjadi pilihan kerana masa yang lebih flexible.

Masa terluang

Selain wang yang diterima, golongan hari ini juga lebih fokus terhadap pekerjaan yang boleh beri masa terluang bersama keluarga. Masa yang diperlukan sangat penting untuk memastikan hubungan kekeluargaan menjadi lebih erat dan rapat.

Baca : Kereta pertama - Baru atau Terpakai?

Tidak dinafikan, bekerja dari jam 9 pagi hingga 6 petang memang menjadi pilihan ramai kerana pendapatan yang diterima adalah tetap setiap hujung bulan. Namun, tidak semua orang sesuai dengan budaya bekerja dari pagi hingga petang dan hanya bekerja menghadap komputer di dalam pejabat.

Hari ini, pekerjaan seperti seorang blogger, ejen hartanah, perunding kewangan dan pemasaran internet mampu berikan wang secukupnya dan masa yang banyak.

Pendapatan yang lebih tinggi

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa pekerjaan seperti perunding kewangan, ejen hartanah dan pemasaran internet mampu memberikan keuntungan yang tinggi jika dilakukan dengan betul. Malah, pendapatan tersebut juga boleh mencecah sehingga 5 angka sebulan.

Baca : Bagaimana menukar kereta anda dari liabiliti kepada aset

Sebagai contoh, pekerjaan sebagai seorang ejen takaful dengan hanya 4 kes setiap bulan, mampu menjana pendapatan hingga 5 angka selepas dua tahun jika berjaya dilakukan secara tetap. Lebih menarik lagi, ejen takaful juga berpeluang untuk membuka agensi sendiri jika berjaya mencapai jumlah sasaran yang telah ditetapkan oleh syarikat takaful.

Bagi seorang ejen hartanah pula, pendapatan yang diterima adalah anggaran 1.5% hingga 2% dari harga rumah selepas berkongsi dengan agensi. Contohnya, jika berjaya menjual rumah berharga RM300,000, seorang ejen hartanah boleh mendapat komisyen sebanyak RM4,500 hingga RM6,000.

Bagi seorang blogger pula, mereka boleh menjana wang dari iklan tempahan di website mereka, dari google adsense dan juga dari pelbagai syarikat periklanan yang menawarkan program yang boleh menjana pendapatan.

Kos sara hidup yang semakin menekan

Kenapa pendapatan yang tinggi menjadi pilihan?Salah satunya adalah kerana untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Pendapatan yang tinggi tidak semestinya membolehkan anda mendapat gaya hidup yang tinggi tetapi hanya sekadar hidup selesa tanpa masalah kewangan.

Kualiti hidup

Selain dari pendapatan yang tinggi, ramai juga yang mahukan kualiti hidup yang lebih baik. Hidup ini bukan sahaja untuk bekerja mendapatkan duit dan bayara semua hutang. Anda juga perlu memikirkan perkara lain seperti ketenganan hati, menikmati keindahan dunia dengan pergi melancong dan yang paling penting dapat memberi sumbangan kepada orang lain.

Jika pekerjaan anda sekarang menghalang anda dari melakukan perkara diatas, anda mungkin boleh merancang untuk menukar pekerjaan yang lebih 'baik'. Maksudnya, walaupun dengan gaji yang rendah, anda masih boleh menikmati keindahan dunia dan dapat membantu orang lain dengan menyertai aktiviti kemasyarakatan.

Baca : Peluang pekerjaan sebagai perunding kewangan kini dibuka

Namun, perlu diketahui bahawa semua jenis pekerjaan sangat penting bagi memastikan kelancaran sosio ekonomi negara dapat berjalan dengan dengan baik.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)