Kereta pertama :Baru atau terpakai?

Image result for maintenance car

Apabila seseorang mula mendapat pekerjaan, kereta menjadi satu keperluan dalam hidup untuk memudahkan individu tersebut bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah sama ada mahu beli kereta baru atau kereta terpakai.

Ramai yang mahu beli kereta baru kerana kos pemulihan dari kerosakan yang rendah kerana masih lagi mempunyai warranty. Namun, kereta terpakai juga kurang kos pemulihan jika anda pandai untuk memilihnya. Kereta baru biasanya lebih mahal berbanding kereta terpakai dan ini menyebabkan komitmen setiap bulan anda sangat tinggi.

Sebelum buat keputusan untuk pilih kereta baru atau kereta terpakai, semak dahulu beberapa faktor di bawah.

Kemampuan kewangan

Sebelum beli kereta, semak dahulu kemampuan kewangan anda termasuk bayaran ansuran dan kos lain yang perlu dibayar setiap bulan. Buat kira-kira berkenaan jumlah harga kereta yang anda layak berdasarkan gaji anda.

Jumlah ansuran terbaik dan selamat untuk anda beli adalah dengan kadar 20% dari gaji bersih anda. Jika gaji anda adalah RM3,000, beli kereta dengan bayaran ansuran RM600 ke bawah.

Kenapa hanya RM600 sahaja? Kerana anda juga perlu buat bayaran terhadap kos-kos lain seperti:
- Insuran
- Cukai jalan
- Petrol
- penyelenggaraan dan servis
- tol, tempat letak kereta dan lain-lain lagi.

Secara kasarnya, jumlah kos yang perlu anda bayar adalah dua kali ganda dari bayaran ansuran anda setiap bulan. Jika ansuran anda adalah RM600 sebulan, kos sebenar yang anda perlu keluarkan adalah RM1,200 sebulan.

Baca : Dengan gaji yang rendah, ini kereta sebenar yang anda patut beli

Oleh itu, jika anda mampu untuk beli kereta baru dengan kos pemilikan RM1,200 sebulan, anda boleh beli kereta baru tersebut. Namun, jika jumlah tersebut terlalu besar, anda perlu memikirkan untuk mengambil kereta terpakai yang lebih murah.

Keperluan penggunaan

Apakah keperluan kereta tersebut untuk anda?
Berapa kali anda guna kereta tersebut dalam masa sebulan?
Adakah anda perlu gunakan untuk jarak yang jauh?

Soalan di atas merupakan beberapa soalan yang perlu anda jawab sebelum membuat pilihan membeli kereta baru atau terpakai.

Pertama, jika pekerjaan anda memang memerlukan anda sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, ini bermakna anda memang memerlukan kereta tersebut.

Kedua, jika anda menggunakan kenderaan tersebut hampir setiap hari, kereta baru adalah pilihan yang tepat kerana anda tidak perlu risau berkenaan keadaan kereta tersebut. Jika anda menggunakan kereta tersebut pada hujung minggu, kereta terpakai lebih baik.

Baca : Beli kereta lebih mudah. Ini sebab utama kenapa ramai malas beli rumah

Ketiga, jika jarak rumah dan pejabat anda adalah jauh, kereta baru juga adalah pilihan yang baik. Selain itu, jika anda juga kerap pulang ke kampung halaman dengan jarak yang jauh seperti dari Kuala Lumpur ke Kelantan, kereta baru lebih selamat.

Tip sebelum anda beli kereta

  • Pastikan anda membuat perbandingan berkenaan harga yang anda layak beli.
  • Pastikan anda mempunyai bayaran pendahuluan yang cukup bagi mengurangkan bayaran ansuran anda
  • Mohon pinjaman dari beberapa buah bank untuk dapatkan tawaran pinjaman yang terbaik
  • Sediakan simpanan kecemasan 
  • Jika mahu beli kereta terpakai, dapatkan nasihat dari kenalan mekanik yang dipercayai.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)