Bagaimana anda boleh tukar kereta anda dari 'liabiliti' kepada 'aset'

Image result for buying a new car

Jika sebelum ini ramai yang beranggapan bahawa kereta adalah satu hutang dan liabiliti kepada pemiliknya kerana kos dan komitmen yang perlu dibayar setiap bulan adalah tinggi. Disebabkan oleh hutang kereta tersebut juga, pendapatan bulanan semakin berkurang. Sebab itu pinjaman kereta sering digelar 'hutang jahat' atau liabiliti kepada pemiliknya.

Namun, terdapat beberapa keadaan dimana kereta boleh menjadi aset kepada pemiliknya. Contohnya, jika sebuah syarikat membeli kereta untuk kegunaan syarikat tersebut, kereta tersebut adalah aset kepada syarikat. Tetapi, jika individu membeli kereta untuk kegunaan peribadi, kereta tersebut adalah liabiliti kepada individu tersebut.

Bagaimana kereta menjadi liabiliti?

Jika anda beli sebuah kereta dan gunakan gaji atau pendapatan anda untuk bayaran ansuran, itu adalah satu liabiliti kepada anda. Setiap hari, anda perlu keluarkan duit untuk kos tambahan seperti petrol, bayaran tol, maintenance dan lain-lain lagi.


Bagaimana kereta menjadi aset?

Kereta syarikat menjadi aset kepada syarikat kerana kereta tersebut meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat. Tanpa kereta tersebut, syarikat mungkin akan mengalami masalah jualan dan keuntungan yang lebih rendah.

Sama juga seperti individu, jika anda beli kereta dan mendapat keuntungan melalui kereta tersebut, ia adalah aset anda.

Tambah pendapatan

Sewakan kereta anda untuk dapatkan pendapatan tambahan dan pada masa yang sama anda tidak perlu bayar lagi ansuran kepada pihak bank. Di Malaysia, terdapat banyak syarikat kereta sewa yang memerlukan kereta untuk disewakan.

Oleh itu, anda boleh bekerjasama dengan syarikat kereta tersebut dengan menyerahkan kereta anda untuk terlibat dalam perniagaan mereka. Hasil keuntungan akan dibahagi mengikut jumlah yang dipersetujui.

Selain itu, anda juga boleh melakukan Uber atau GrabCar yang mana kereta tersebut mampu mendatangkan keuntungan kepada anda. Ini bermakna kereta anda kini menjadi aset anda. 

Orang lain bayar

Orang yang bijak menguruskan kewangan biasanya akan menggunakan teknik 'duit orang lain' untuk membayar ansuran kereta tersebut. Melalui teknik ini, anda tidak perlu gunakan duit dari pendapatan dan gaji anda tetapi orang lain akan tolong bayarkan duit anda.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post