Simpanan terlalu banyak menyebabkan anda sebenarnya rugi.

Image result for too much saving

Simpanan adalah perkara paling asas dalam pengurusan kewangan. Setiap bulan, simpan sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan anda dan letak di dalam akaun simpanan yang lain seperti Tabung Haji, ASB atau akaun simpanan bank.

Setiap simpanan harus mempunyai matlamatnya tersendiri seperti simpanan kecemasan 6 bulan gaji, simpanan deposit beli rumah, simpanan pendidikan anak-anak dan simpanan persaraan. Namun, jika simpanan yang dibuat terlalu banyak tanpa matlamat, anda sebenarnya telah mengalami kerugian.

Pakar kewangan dan pelaburan terkenal di dunia, Robert Kiyosaki mengatakan 'Savers are losers'. Maksudnya, jika anda menyimpan, anda sebenarnya telah rugi.

Inflasi meningkat

Kadar inflasi meningkat setiap tahun dan menyebabkan nilai wang anda berkurang. Jika anda mempunyai RM100 pada hari ini, nilainya tidak sama pada masa akan datang. Kadar inflasi di Malaysia pada tahun 2016 adalah 2.0%.

Jika simpanan anda tidak meningkat melebihi 2.0% setahun, anda sebenarnya mengalami kerugian. Oleh itu, pastikan anda menyimpan duit anda di tempat yang boleh memberi pulangan yang tinggi seperti Tabung Haji, ASB dan Unit Trust.

Baca: 5 tabung simpanan yang anda wajib ada

Hilang peluang pelaburan

Semakin banyak anda simpan duit anda, semakin rendah peluang anda untuk membuat pelaburan. Kebanyakan orang kaya lebih suka untuk melabur duit mereka berbanding menyimpan sahaja. Menyimpan menyebabkan mereka hilang peluang untuk mengembangkan duit mereka.

Sebelum melabur, pastikan anda siapkan diri anda dengan ilmu secukupnya supaya tidak mengalami kerugian. Apa yang menyebabkan orang ramai takut melabur adalah kerana takut mengalami kerugian. Itu adalah bagus!

Baca : 4 sebab GL anda kena tolak oleh syarikat Takaful

Anda perlu anda perasaan itu supaya anda tidak terlibat dengan skim cepat kaya yang semakin banyak di Malaysia. Namun, anda juga perlu berani untuk belajar ilmu kewangan dan pelaburan baru supaya anda boleh melakukan pelaburan pertama anda--Walaupun pulangan yang rendah.

Jika anda belajar mengenai pelaburan, anda akan lihat banyak peluang pelaburan yang sah anda boleh lakukan. Tetapi, jika anda hanya simpan duit anda, simpanan anda hanya akan turun nilainya kerana kadar inflasi yang semakin meningkat setiap tahun.

Hilang nikmat dunia

Apabila simpanan anda sudah cukup atau dalam langkah yang betul, anda perlu menikmati dunia ini sebaiknya. Jangan kerana ingin menyimpan, anda terpaksa lupakan perkara-perkara terbaik yang boleh anda kecapi.

Makanan yang sihat dan berkhasiat biasanya lebih mahal berbanding makanan yang kurang berkhasiat. Mengambil makanan yang sihat juga adalah satu pelaburan untuk diri anda supaya anda kekal sihat dan bebas dari penyakit.

Baca : Pelaburan 'lain' yang perlu anda buat selain pelaburan kewangan

Semua orang mahu menjadi kaya. Dengan menyimpan serta melabur boleh mendapat pulangan yang banyak. Jika anda terlalu fokus kepada kekayaan dan mengorbankan nikmat dunia ini, anda mungkin menyesal apabila sudah semakin tua dan tidak sempat untuk menikmati dunia ini. Apa yang terbaik adalah seimbangkan hidup anda.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)