4 sebab 'GL' anda kena tolak oleh syarikat Takaful

Image result for too late reject
Bayar setiap bulan tetapi syarikat Takaful tida tanggung perubatan. Keadaan seperti ini pernah berlaku kepada rakyat Malaysia sendiri dan menyebabkan mereka menggelarkan syarikat Takaful sebagai penipu.

Sebelum anda membuat sebarang andaian terhadap syarikat takaful, fahami dahulu beberapa perkara yang menyebabkan tuntutan anda atau Guarantee Letter (GL) di tolak oleh syarikat Takaful.

Penyakit sedia ada

Semasa anda mendaftar takaful dengan ejen yang berdaftar, pastikan anda sudah dedahkan semua maklumat kesihatan kepada ejen anda. Semua penyakit yang sudah sedia ada sebelum anda mengambil takaful, syarikat Takaful tidak akan menanggung kos perubatan penyakit tersebut.

Terdapat juga kes di mana pemegang sijil takaful sendiri tidak sedar akan penyakit yang mereka ada. Oleh itu, pastikan anda sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan anda. Penyakit seperti ketumbuhan biasanya mengambil masa yang lama sehingga bertahun untuk kita kesan dan terlihat simtomnya.

Bagi mengelakkan perkara seperti itu berlaku, syarikat Takaful dengan arahan dari Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan tempoh menunggu terhadap sijil tersebut.

Masuk ke wad sukarela

Syarikat Takaful hanya membenarkan tuntutan atau menanggung kes rawatan yang hanya disahkan oleh doktor. Oleh itu, laporan kesihatan dari doktor atau pihak hospital sangat penting kepada syarikat Takaful sebelum mereka membuat keputusan.

Jika anda ditahan di hospital atas arahan doktor, biasanya GL anda tidak akan mempunyai sebarang masalah. Tetapi, jika anda sendiri sukarela untuk tinggal di hospital, GL anda mungkin tidak akan lulus.

Baca : Nak ambil takaful tetapi tidak mampu. Ini caranya.

Sijil Takaful sudah lapsed

Sijil takaful yang sudah lapsed bermaksud sijil tersebut sudah tidak aktif lagi. Kes ini sering terjadi kepada pemegang sijil takaful yang membuat caruman secara manual setiap bulan. Apabila anda terlepas tarikh akhir bayaran, peluang untuk sijil takaful anda tidak aktif sangat tinggi.

Oleh itu, bagi mengelakkan masalah ini berlaku, anda dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan auto deduct dari akaun bank atau kad kredit, dan membuat bayaran secara tahunan. Jika polisi sudah tidak aktif, ini bermakna anda sudah tidak boleh menggunakan kad perubatan anda.

Kurang dari 120 hari

Setiap kad perubatan mempunyai tempoh menunggu iaitu maksimum 120 hari melainkan disebabkan oleh kemalangan. Jika dimasukkan ke dalam wad disebabkan oleh penyakit seperti kanser atau ketumbuhan dalam masa 120 hari, pihak syarikat takaful tidak akan menanggung kos perubatan tersebut.

Baca : Kenapa bakal usahawan perlu bermula di syarikat kecil dan sederhana

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post