Kebaikan dan keburukan apabila anda refinance rumah anda


Apa itu refinancing?
Refinancing adalah pembiayaan semula yang dibuat terhadap rumah sedia ada yang masih lagi mempunyai baki hutang dengan pihak bank.

Jika rumah anda yang sekarang masih mempunyai hutang dengan pihak Bank A, anda boleh membuat pembiayaan semula rumah tersebut dengan pihak Bank B.

Untuk lebih mudah faham, pembiayaan semula bermaksud anda mengambil hutang baru bagi membayar hutang lama anda.

Refinancing hanya boleh terjadi apabila nilai rumah anda sudah melebihi baki hutang semasa.

Contoh :

Baki hutang rumah : RM100,000
Nilai semasa rumah : RM200,000

Apabila anda membuat refinancing, anda akan dapat jumlah pinjaman perumahan yang baru iaitu RM200,000 x 90% = RM180,000.

Jumlah RM180,000 akan tolak baki hutang rumah iaitu RM100,000. Ini bermakna, anda akan menerima lebihan tunai sebanyak RM80,000 (RM180,000 - RM100,000).

Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lihat sebelum membuat keputusan memohon pembiayaan semula ini.

Bayaran ansuran semakin tinggi

Jika anda membuat pembiayaan semula, anda sebenarnya telah menambah jumlah baki hutang anda dengan pihak bank. Ini bermakna, bayaran bulanan anda kepada pihak bank juga akan meningkat.

Jika anda buat pembiayaan semula untuk rumah pelaburan anda, pastikan bayaran sewa yang anda terima masih lagi tinggi berbanding dengan bayaran ansuran yang baru. Ini bagi memastikan anda tidak terbeban dengan kenaikan ansuran tersebut.

Manakala jika rumah tersebut adalah untuk duduk sendiri, anda tidak digalakkan untuk membuat pembiayaan semula kerana hutang yang perlu anda tanggung akan meningkat. Tetapi, jika anda mempunyai rancangan lain seperti menambah aset dan pelaburan, ia adalah lebih baik.

Tempoh pinjaman semakin lama

Anda juga sebenarnya boleh berunding dengan pihak bank untuk tidak menaikkan jumlah bayaran ansuran anda tetapi memanjangkan lagi tempoh pinjaman perumahan anda.

Dengan cara ini, anda masih lagi perlu membuat bayaran kepada pihak bank dengan jumlah yang sama tetapi tempoh masa pinjaman tersebut akan menjadi semakin lama. 

Jika anda seorang pelabur hartanah, ia mungkin tidak memberi masalah kepada anda kerana bayaran ansuran tersebut dapat dijelaskan dengan menggunakan bayaran sewa yang diterima setiap bulan. Apa yang lebih penting adalah jumlah tunai yang akan diterima iaitu RM80,000 (mengikut contoh awal).

Dengan lebihan tunai yang banyak seperti itu, anda boleh menambah rumah atau aset dengan lebih mudah.

Kos permohonan

Proses permohonan pembiayaan semula sama seperti anda ingin memohon pembiayaan perumahan biasa. Dokumen yang diperlukan juga adalah sama dan apa yang lebih penting anda tetap akan dinilai dahulu sama ada layak atau tidak membuat pembiayaan semula.

Selain itu, anda juga perlu menampung kos-kos yang terlibat bagi permohonan pembiayaan semula seperti bayaran peguam bagi urusan tawaran pembiayaan perumahan.

Baca : Berhati-hati merancang kewangan anda

Lock In period

Jika anda ingin membuat pembiayaan semula, pastikan pembiayaan rumah sedia ada anda tidak mempunyai syarat lock in period atau sudah melepasi tempoh tersebut.

Jika tidak, anda mungkin akan dikenakan penalti oleh pihak bank.

Baca : Jangan beli rumah untuk duduk dahulu. Kurang bijak!

Kadar faedah lebih rendah

Jika anda dapat tawaran untuk pembiayaan semula dari bank lain, pastikan kadar faedah atau kadar keuntungan yang anda terima adalah lebih rendah berbanding kadar sedia ada.

Comments

  1. Bagaimana pula sekiranya saya ada sejumlah wang matlamat nk kurangkan tahun bayar kt bank dan melunaskan mungkin 30% drpd jumlah prinsipal pinjaman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, mohon email kami dan kami akan beri nasihat dan cadangan yang baik untuk tuan.

      Delete
  2. bank mana yg blh refinance utk dpt cash utk tempoh 35 thn?

    ReplyDelete
  3. bagaimana pula 3rd party refinancing utk atasi ltv70%? Adakah berbaloi dan mempunyai risiko yg sama?

    ReplyDelete
  4. tuan saya merancang untuk refinance rumah.... adalah berbaloi untuk saya kerana saya ingin menyelesaikan hutang2 kecil seperti kereta dan personal loan bagi meringankan beban bulanan dan ingin memasukkn nama suami dalam penama rumah bagi mensyaratkan beliau untuk bantu bayar ansuran rumah menggunakan akaun 2 kwsp beliau.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bercadang buat begitu juga.

      Delete
    2. Berbaloi dengan syarat, ansuran yang baru tidak membebankan :)

      Untuk detail, boleh email kami duitkertas.com@gmail.com

      Delete
  5. kalau saya xde hutang lain selain rumah tu? baki rumah Rm28k. market rumah sy skrng 300k. boleh ke sy refinance?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh refinance :)
      Untuk detail, boleh email kami duitkertas.com@gmail.com

      Delete
  6. Tuan
    Saya potongan kerajaan rumah yg saya beli tu
    Blh ke buat refinance Tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh refinance :)
      Untuk detail, boleh email kami duitkertas.com@gmail.com

      Delete
  7. Tuan sy berminat nak refinance rumah . Rumah sekarang dah habis bayar nama berdua dengan adik . Boleh kah di refinancekan semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh refinance :)
      Untuk detail, boleh email kami duitkertas.com@gmail.com

      Delete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)