Kesan tidak membuat simpanan ketika usia muda

Image result for cost saving analysis

Seorang pakar pelaburan iaitu Warren Buffet memberitahu yang dia membeli saham pertamanya ketika beliau berusia 11 tahun dan rasa menyesal kerana tidak beli sejak dari awal lagi. Ini menunjukkan yang pelaburan atau simpanan perlu dilakukan sejak dari kecil lagi.

Hari ini, golongan muda atau lepasan universiti sukar untuk membuat simpanan walaupun mempunyai gaji yang tinggi. Sebabnya, mereka masih tidak nampak kepentingan menyimpan tersebut.

Berikut adalah kesan terhadap seseorang jika gagal membuat simpanan sejak dari usia muda lagi.

Komitmen sudah tinggi

Apabila kesedaran hanya bermula ketika usia sudah meningkat iaitu ketika berumur 35 tahun ke atas, anda semakin sukar membuat simpanan kerana komitmen hidup yang tinggi. Ketika berada di usia ini, anda mungkin mempunyai hutang kereta dan rumah yang dijadikan sebagai keperluan dalam keluarga anda.

Selain itu, jika sudah berkeluarga dan mempunyai ramai orang anak, kos sara hidup seorang ketua keluarga akan meningkat dan anda semakin sukar untuk membuat simpanan.

Baca : Contoh pengurusan kewangan bagi mereka yang bergaji RM3,000 sebulan

Tiada dana kecemasan

Sesuatu kemalangan memang sukar untuk dijangka. Oleh sebab itu, satu dana kecemasan perlu disediakan oleh ketua keluarga bagi menanggung segala kos yang melibatkan kemalangan atau kerosakan yang tidak dijangka.

Jika masih muda dan bujang, anda boleh simpan sebahagian dari pendapatan anda untuk dijadikan sebagai dana kecemasan. Anda mungkin mengambil masa setahun sahaja untuk mengumpul 6 bulan gaji sebagai dana kecemasan.

Tetapi, apabila anda hanya ingin menyimpan ketika usia anda sudah meningkat, anda mungkin mengambil masa sehingga beberapa tahun untuk mencukupkan dana kecemasan yang sama iaitu 6 bulan. Ketika ini, anda sebenarnya memerlukan lebih dari 6 bulan kerana risiko terhadap berlakunya kecemasan tersebut semakin tinggi.

Sukar membuat pelaburan

Nak beli rumah tetapi tiada deposit. Inilah yang sering diberitahu oleh golongan muda pada hari ini. Harga yang semakin mahal menyebabkan deposit yang perlu disediakan juga semakin tinggi. Jika anda tidak mula menyimpan dari awal, semakin sukar untuk anda membeli sebuah rumah.

Jika rumah yang berharga RM200,000, anda memerlukan deposit sebanyak RM20,000 tidak termasuk kos berkaitan lain. Untuk dapatkan deposit sebanyak itu, anda mungkin terpaksa menunggu satu tempoh yang lama.

Sebagai alternatif, anda boleh menyimpan di akaun pelaburan yang boleh memberi pulangan yang tinggi setiap tahun seperti Amanah Saham Berhad (ASB) atau dana dari unit trust. 

Kualiti hidup tidak berubah

Tanpa simpanan, kualiti hidup anda tidak akan berubah. Kebanyakan dari kita hari ini sering merasa selesa apa yang telah mereka miliki tanpa memikirkan keadaan pada masa hadapan atau generasi mereka. Jika anda mahu kehidupan selesa pada masa hadapan, mulakan dengan simpanan dan juga pelaburan.

Tanpa simpanan dan pelaburan ini, anda sukar untuk meningkatkan kualiti hidup anda kerana terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Selain itu, bagi meningkatkan kualiti hidup pada masa hadapan, anda boleh melakukan banyak kerja ketika masih muda kerana tenaga yang masih banyak.

Baca : Bagaimana cara buat duit ketika anda sedang tidur

Hutang meningkat

Kesan paling besar yang akan berlaku jika anda tidak mula menyimpan adalah hutang yang semakin meningkat. Perkara ini disebabkan oleh hutang baru yang dibuat kerana mahu menampung hutang lama yang tidak mampu bayar lagi.

Terdapat juga ibu bapa yang terpaksa menggunakan pinjaman peribadi dan hutang melalui kad kredit untuk digunakan sebagai perbelanjaan harian seperti kos yuran persekolahan anak-anak. Keadaan ini menjadi lebih teruk jika ketua keluarga mengalami kemalangan dan menyebabkan hilang punca pendapatan.

[JAWATAN KOSONG] Financial Planner di Klang Valley - Komisyen sehingga RM5,000 setiap bulan




Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post