Faktor Utama Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memiliki Kad Perubatan


Memiliki takaful atau kad perubatan pada usia yang muda adalah sesuatu yang perlu bagi mengelakkan masalah kesesakan wang bagi tujuan perubatan.

Sebelum memilih kad perubatan yang sesuai dengan anda, terdapat beberapa faktor yang perlu anda tahu.

Berikut adalah faktor yang perlu anda ambil kira sebelum membuat keputusan memiliki kad perubatan anda.

#1 Ejen takaful

Kebanyakan kad perubatan yang ditawarkan di Malaysia adalah mempunyai ciri yang lebih kurang sama sahaja. Namun, apa yang membuatkan kad perubatan tersebut nampak lebih baik adalah servis tambahan yang ditawarkan oleh ejen takaful anda.

Pastikan ejen takaful anda adalah seorang yang bertauliah dan mahir tentang produk dan perkara berkaitan takaful supaya ejen tersebut dapat membantu anda ketika anda memerlukan.

Jika kali pertama menggunakan kad perubatan, anda mesti mempunyai perasaan ketidakpastian. Oleh itu, anda boleh rujuk kepada ejen anda.

Selain itu, ejen takaful yang menjaga anda secara full time adalah lebih baik berbanding ejen takaful part time. Ini kerana mereka mempunyai masa yang lebih banyak untuk menjawab segala persoalan anda dan juga membantu anda.

Salah satu ciri-ciri ejen takaful yang baik adalah apabila anda mempunyai rasa 'percaya' terhadap ejen tersebut. Anda inginkan seseorang yang boleh menjaga anda ketika anda memerlukan dan bukan hanya fokus pada komisyen sahaja.
#2 Kelebihan dan kekurangan kad perubatan

Setiap kad perubatan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat insuran pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Pastikan anda memahami segala kelebihan dan juga kekurangan kad perubatan tersebut.

Sebab itu ada diantara syarikat insuran menawarkan pelbagai pakej kad perubatan yang sesuai mengikut gaya hidup anda. Semakin banyak pilihan, semakain mudah untuk anda memilih kad perubatan yang sesuai dengan gaya hidup anda.

Setiap orang tidak mempunyai gaya hidup yang sama dan mungkin memerlukan jenis kad perubatan yang berbeza. 
#3 Kemampuan

Faktor lain yang perlu anda lihat adalah kemampuan anda untuk membuat caruman setiap bulan. Pastikan caruman tersebut sebaiknya adalah tidak melebihi 10% dari gaji anda setiap bulan.

Ini bagi mengelakkan anda membuat bayaran yang terlalu tinggi untuk kad perubatan anda.

Selain itu, jika anda mempunyai masalah caruman setiap bulan, kad perubatan anda mungkin terpaksa dihentikan kerana tiada caruman bulanan seperti yang dijanjikan. 

Caruman bulanan adalah berbeza mengikut beberapa faktor seperti umur, jantina, jenis pekerjaan dan juga gaya hidup. Semakin meningkat usia kita, semakin tinggi caruman yang perlu anda sediakan. Ini kerana orang yang lebih tua adalah berisiko tinggi berbanding orang muda.


#4 Kelancaran penggunaan kad perubatan 

Antara punca ramai pemilik kad takaful menjadi marah dengan syarikat insuran adalah kerana masalah penggunaan kad perubatan. Terdapat beberapa syarat yang perlu anda ikut sebelum anda boleh gunakan kad perubatan tersebut.

Oleh itu, pastikan kad perubatan yang anda pilih adalah sangat lancar penggunaannya. Anda boleh dapatkan nasihat atau mereka yang berpengalaman dalam menggunakan servis dan perkhidmatan kad perubatan.

Jika anda ingin jadi sebahagian dari pelanggan takaful kami, emailkan nama, tempat tinggal dan nombor telefon ke duitkertas.com@gmail.com.

Kami ingin pastikan pencarum sentiasa dilindungi dengan baik tanpa sebarang masalah terutama apabila berlakunya kemalangan dan kecemasan.
Previous Post Next Post