Gantikan duit raya dengan barang lain yang lebih 'cool'.


Adakah anda rasa duit raya sudah tidak relevan ketika ini dan anda ingin mencuba sesuatu yang baru?
Atau rasa kanak-kanak sepatutnya dapat barang yang lebih baik semasa hari raya nanti.

Sebenarnya, anda boleh gantikan duit raya dengan barang lain yang lebih bermanfaat kepada si penerima. 

Kami ingin kongsikan beberapa barang yang 'cool' yang boleh anda cuba.

Buku

Ini antara satu alternatif yang kami rasa terbaik untuk diberikan kepada kanak-kanak semasa hari raya. Cara ini dapat memupuk sifat suka membaca sejak dari kecil.

Pihak Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) sedang melangsungkan kempen 'Buku Sebagai Ganti Duit Raya' dimana mereka menawarkan pelbagai jenis buku yang murah serendah RM3.

Anda boleh lihat maklumat penuh di sini ITBM.

Selain buku, anda juga boleh bagi ebook sebagai pengganti buku. Anda hanya perlu dapatkan email mereka dan berikan dalam bentuk softcopy PDF sahaja.


Baucer atau kupon

Anda boleh letakkan pelbagai jenis baucer atau kupon beli belah di dalam sampul raya anda bagi menggantikan duit.

Dengan saiz yang muat dengan sampul duit raya, baucer atau kupon dapat memberi berita gembira kepada penerima terutama jika mereka terima baucer beli belah.

Anda juga boleh gantikan duit raya dengan tiket ke seminar kewangan yang bakal beri manfaat kepada mereka walaupun masih kecil.
Jika anda dapat sediakan baucer buku ia adalah pilihan yang lebih baik berbanding baucer beli belah. 


Kad tambah nilai (Top-up)

Anda boleh beli kad tambah nilai dan letakkan dalam sampul surat dengan nilai tambah nilai serendah RM5.

Dengan cara ini, dapat memudahkan penerima untuk membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas kepada orang lain terutama ucapan hari raya. Mungkin juga penerima akan menelefon anda untuk mengucapkan selamat hari raya.

Namun, anda juga perlu berhati-hati kerana cara ini juga akan menggalakkan si penerima untuk lebih bermain internet di telefon pintar mereka berbanding beramah mesra semasa hari raya.


Gold bar

Cara ini mungkin agak mahal kosnya, namun ia sesuai untuk diberi pada orang yang anda sayang. Dengan saiz yang kecil, ia juga boleh dimasukkan ke dalam sampul raya.

Anda boleh dapatkan gold bar dengan berat minimum 1 gram pada harga kurang dari RM200 bergantung kepada harga semasa. Gold bar ini lebih bermakna kepada penerima kerana nilainya mungkin akan meningkat setiap tahun.
Jika anda mempunyai barang lain yang lebih 'cool', kongsikan dengan kami.

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)