Baca buku ‘curi-curi’ di kedai buku. Tak berkat?


Jika kita lihat jumlah orang yang datang ke pameran buku atau expo buku antarabangsa memang sangat ramai.

Trend ini menunjukkan yang rakyat Malaysia suka membaca.

Eh, atau datang sekadar untuk selfie sahaja lepas beli tak habis baca pun buku tu.

Tapi ada kata-kata orang yang mengatakan bahawa kalau kita baca buku secara 'curi-curi' di kedai buku adalah tidak dibenarkan dan tidak berkat.

Sebenarnya aktiviti baca buku di kedai buku ini memang sudah lama popular. Cuma untuk yang kali pertama datang ke kedai buku mungkin akan merasa pelik apabila melihat ada orang ambil buku dan terus baca disitu.

Di sesetengah kedai buku, diorang ada sediakan kerusi untuk kita duduk dan baca buku tersebut.

Ini mungkin salah satu strategi kedai buku tersebut untuk menggalakkan orang baca buku dan pada masa yang sama pembaca juga boleh melihat isi kandungan buku tersebut.

Bagi yang tidak mempunyai bajet yang cukup untuk beli buku, ini mungkin peluang terbaik untuk tambah ilmu secara percuma di kedai buku.

Cuba tengok apa hobi orang yang berjaya atau jutawan. Mereka lebih gemar membaca buku.

Jom tambah ilmu secara percuma di kedai buku. Ajak rakan-rakan anda untuk penuhkan kedai buku di Malaysia ini.

Jom baca 5 Langkah Awal Cegah Masalah Kewangan.
Previous Post Next Post