'Berbelanja Ikut Kemampuan Je' Perkara Yang Sepatutnya Anda Boleh Jimat Semasa Musim Hari Raya Nanti

Sumber : Kaodim
Hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menyambut Hari Raya.

Musim Hari Raya merupakan salah satu musim yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia berbelanja dengan banyak.

Cuma, kebimbangan kami adalah apabila ada yang sanggup berhutang dan berbelanja melebihi kemampuan semata-mata untuk menyambut hari raya.

Kami ingin kongsikan beberapa perkara yang anda sepatutnya boleh jimat semasa musim Hari Raya ini.

#1 Baju Raya

Pertama sekali, perkara wajib yang anda miliki adalah sepasang baju untuk digunakan semasa hari raya seperti baju melayu, baju kurung, dan lain-lain lagi.
  • Sentiasa survey dahulu sebelum buat keputusan beli baju baru. (ada baju yang sama tapi harga berbeza)
  • Pastikan baju yang dibeli mestilah sesuai juga digunakan lagi pada masa akan datang.(Jangan guna sekali, lepastu terus tak guna)
  • Baju mahal, kualiti tinggi. Baju jenis ini ada yang boleh tahan 2 - 3 tahun.
  • Beli sehari sebelum hari raya. (Walaupun ramai tapi harga memang sangat murah)

Jangan terkejut jika anda menghabiskan sehingga RM1,000 untuk baju raya yang hanya digunakan sekali sahaja.

Sumber : Lowyat
#2 Kos Balik Kampung

Hari Raya lebih meriah jika disambut bersama keluarga di kampung. Jadi, musim hari raya kita dapat lihat ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung.

Terdapat beberapa kos yang terlibat jika anda balik ke kampung seperti petrol, tol, servis kereta untuk jalan jauh, makan minum dan tempat tinggal.
  • Kereta : Jika anda mempunyai adik beradik atau kenalan yang tinggal di kampung yang sama, anda dinasihatkan untuk car pool atau pulang bersama. Cara ini dapat menjimatkan (petrol, tol) dan dapat mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya.
  • Tempat tinggal : Jika rumah di kampung tidak muat untuk bermalam disana, anda perlu menyewa hotel atau homestay.
  • Rancang perjalanan anda : Sebaiknya, cuba elak untuk pulang ke kampung ketika ramai orang pulang.

#3 Dekorasi Rumah

Salah satu tip untuk berjimat untuk dekorasi dan mencantikkan rumah anda adalah menggunakan bahan yang terdapat di kedai-kedai murah Mr Diy.

Terdapat banyak barang yang sesuai digunakan untuk satu bulan sahaja iaitu musim hari raya.

Tidak perlu membazir untuk membeli barang hiasan yang mahal tetapi hanya digunakan sekali sahaja.

Selain itu, anda juga boleh mencantikkan rumah anda dengan tema yang sesuai digunakan untuk jangka masa panjang walaupun bukan untuk Hari Raya.
  • Bahan Terpakai : Jika anda kreatif, boleh gunakan bahan terpakai untuk buat hiasan mencantikkan rumah.


#4 Perabot Rumah

Tukar perabot baru juga merupakan satu perkara wajib ketika musim perayaan.

Satu perkara anda perlu ingat, jika terlalu banyak perabot, ruang rumah anda akan kelihatan lebih kecil.

Sebaiknya anda hanya perlu beli perabot yang tidak memenuhi ruang tamu anda.

Nak lagi jimat, beli sahaja melalui online portal seperti Lazada, shopee dan lain-lain lagi kerana harga yang dijual lebih murah.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post