Bagaimana Graduan Lepasan Universiti Boleh Terus Mula Melabur

Sumber : Graduate
Ramai lepasan universiti yang sudah dapat kerja mula mencari peluang pelaburan yang menguntungkan.

Sesiapa yang melabur pun pasti mahukan keuntungan. Tetapi perlu diingat bahawa setiap keuntungan pasti ada risiko kerugian juga.

Pelaburan adalah untuk jangka masa panjang. Jadi, jangan mengharapkan keuntungan dalam masa terdekat. Melainkan anda menjalankan perniagaan.

Bagi lepasan universiti yang sudah bekerja, kami nak kongsikan beberapa tip jika anda ingin melabur.

#1 Melabur Dengan Ilmu
"Salah satu cara untuk mengurangkan risiko kerugian adalah melalui ilmu"
Kami sarankan anda yang baru mula bekerja untuk mulakan pelaburan pertama dengan mendapatkan seberapa banyak ilmu kewangan dan pelaburan.

Beberapa cara yang anda boleh lakukan adalah seperti berikut:
  • Bacaan di media sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain
  • Bacaan di website kewangan dan pelaburan 
  • Menyertai kelas atau seminar pelaburan dan kewangan
  • Beli buku atau ebook
  • Berkenalan dengan individu yang mahir dalam kewangan dan pelaburan (Networking)
Anda hanya perlu lakukan perkara-perkara diatas dan anda akan dapati ilmu tentang kewangan dan pelaburan adalah terlalu banyak.


#2 Mula Dengan Jumlah Yang Kecil

Kemudian, baru anda tentukan jenis pelaburan yang anda ingin lakukan terlebih dahulu.

Terdapat banyak jenis pelaburan di Malaysia ataupun luar negara. Sebagai graduan yang baru bekerja, kami sarankan anda hanya melabur dengan satu jumlah yang kecil.

Anda akan dapat keuntungan yang kecil dan juga risiko kerugian masih lagi kecil.

Antara pelaburan kecil anda boleh lakukan adalah seperti pembiayaan ASB dan juga pelaburan Unit Trust.

Semasa fasa permulaan bekerja, anda juga perlu melakukan perkara lain seperti memenuhkan tabung kecemasan, mempunyai pelan perlindungan dan juga komitmen seperti kereta.

Jadi, jumlah yang kecil tidak akan membuatkan anda rasa pelaburan itu satu bebanan.

#3 Jimat Cermat Dalam Berbelanja

Bagi sesetengah individu yang pertama kali bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, mereka berisiko untuk mengalami kerosakan pengurusan kewangan.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjimat cermat pada fasa awal pekerjaan. Walaupun anda mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan.

Semakin banyak simpanan yang anda berjaya simpan dari gaji bulanan anda, semakin banyak pelaburan yang anda boleh lakukan.

Antara pelaburan yang memerlukan modal yang besar adalah seperti pelaburan hartanah yang memerlukan anda mengeluarkan deposit sebanyak 10% dari harga rumah.

Semakin banyak anda jimat, semakin cepat anda boleh kumpul deposit untuk beli rumah sebagai pelaburan.


#4 Kurangkan Pinjaman Yang Tidak Sihat

Salah satu pinjaman yang sukar untuk dielakkan adalah pinjaman kereta.

Tidak salah jika anda membuat pinjaman untuk mendapatkan kereta supaya dapat memudahkan pekerjaan harian anda.

Cuma, anda perlu pastikan jumlah pinjaman atau harga kereta yang dibeli adalah tidak membebankan.
"Fungsi kereta adalah untuk membawa anda dari satu tempat ke satu tempat yang lain"
Jika anda beli kereta hanya untuk menunjuk-nunjuk, kewangan anda mungkin dalam bahaya. pada masa yang sama juga anda akan semakin sukar untuk membuat pelaburan.

Image result for comparison
Sumber : Agile
#5 Sentiasa Buat Perbandingan

Sebelum membuat keputusan, anda perlu bijak membuat perbandingan antara produk.

Antara contoh perbandingan yang anda boleh lakukan adalah seperti berikut:
  • Pinjaman kereta yang mempunyai kadar faedah yang paling rendah
  • Dana pelaburan unit trust yang mempunyai prestasi yang cemerlang
  • Pelan perlindungan yang berbaloi
Anda sebenarnya boleh melakukan semua perbandingan dengan mudah di internet. Terdapat banyak website yang membuat perbandingan tersebut.

Selain itu, anda juga perlu rajin untuk buka mulut dan dapatkan pandangan dari individu yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan.

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post