Banyak Sangat Follow Page Sampah Punca Anak Muda Tidak Tahu Urus Duit

Image result for keyboard warrior

Statistik dari pembaca kami yang mengadu mempunyai masalah kewangan mempunyai satu hobi yang sama iaitu membaca berita atau gosip dari page FB yang tidak bermanfaat.

Tidak salah untuk anda membaca berita hiburan tetapi apabila berlebihan, banyak masa yang terbuang. Banyak lagi perkara baik yang anda boleh lakukan seperti membaca berita atau maklumat kewangan dan pelaburan.

Dengan kos sara hidup yang tinggi, anda mempunyai pilihan sama ada mahu meningkatkan taraf kewangan anda atau terus membaca hiburan.

Berikut adalah beberapa keburukan apabila anda terlalu banyak membaca gosip dan berita dari page FB yang tidak bermanfaat.

Emosi

Jika anda lihat dan baca setiap komen yang terdapat dalam sesuatu post, terlalu banyak komen yang dibuat hanya berlandaskan emosi semata-mata.

Kesannya, emosi tersebut memberi impak kepada orang lain yang membaca. Lebih terkesan apabila setiap orang menulis dengan emosi yang berbeza dan menyebabkan perbalahan antara satu sama lain.

Pengaruh Buruk

Apabila berlaku perbalahan atau pergaduhan, banyak perkataan buruk dan mencarut yang dikeluarkan.

Perkara berterusan seperti ini akan memberi impak kepada generasi akan datang.

Selain itu, pengaruh buruk ini juga akan dibawa ke dalam pengurusan kewangan yang menyebabkan banyak perkara tidak sihat berlaku seperti hutang yang berlebihan.

Tiada Masa

Mereka mempunyai masa untuk membaca perkara hiburan, tetapi tidak mempunyai masa untuk hadir ke seminar pengurusan kewangan.

Ini yang banyak berlaku pada hari ini kerana sesetengah individu terlalu banyak menghabiskan masa melayari internet dan melayan komen-komen yang tidak bermanfaat.

Networking Tiada Nilai

Dengan siapa anda berkawan di FB hari ini, akan menentukan diri anda pada masa akan datang.

Jika terlalu banyak membaca dan mengikuti page yang tidak bermanfaat, gaya hidup diri anda juga tidak akan berubah.

Berbanding jika anda membaca page yang bermanfaat, diri anda juga akan turut mendapat manfaat tersebut.

Mungkin anda merasakan berita atau maklumat kewangan ini terlalu berat, tetapi ingatlah bahawa kesan apabila anda mengabaikan pengurusan kewangan yang baik juga terlalu berat untuk ditanggung.

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post