3 Perbandingan Tidak Adil Yang Sering Terjadi Dalam Kewangan Dan Pelaburan

Image result for comparison

Banyak perbandingan yang dilakukan oleh 'perancang kewangan' tidak tepat dan menyebabkan salah faham.

Sama ada tujuannya untuk mendapatkan keuntungan atau kekurangan ilmu, perkara tersebut perlu dielakkan.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila mendapatkan nasihat daripada perancang kewangan.

Berikut adalah dua (2) perbandingan yang tidak adil sering dilakukan.

Simpanan Bank vs Simpanan Takaful

Ramai ejen takaful menggunakan perbandingan seperti ini untuk meyakinkan prospek mereka tentang kelebihan takaful.

Dari segi tujuan utama produk, akaun simpanan bank adalah untuk tujuan simpanan semata-mata. Manakala takaful pula adalah untuk perlindungan.

RM200 simpan di akaun simpanan vs RM200 simpan di akaun takaful.

Jika berlaku kemalangan atau sakit, akaun takaful akan memberi anda kelebihan. Tetapi, jika telefon bimbit anda hilang, adakah masih boleh guna akaun takaful untuk beli yang baru? Jawapannya adalah tidak kerana akaun takaful adalah untuk perlindungan sahaja.

Manakala akaun simpanan boleh dijadikan sebagai 'Emergency Fund' yang baik.

Akaun simpanan dan akaun takaful adalah dua instrumen kewangan yang berbeza.


Simpanan ASB vs Pembiayaan ASB

Menyimpan melalui pembiayaan ASB adalah lebih menguntungkan berbanding simpanan ASB seperti biasa (tanpa pembiayaan).

Jika ambil kira keuntungan pulangan semata-mata, perbandingan di atas adalah betul.

Tetapi, anda juga perlu mengambil kira beberapa faktor seperti dibawah:
  1. Hutang - Apabila membuat pembiayaan ASB, rekod hutang anda dengan bank adalah meningkat. Kesannya, permohanan pembiayaan/pinjaman yang baru semakin sukar melainkan gaji anda tinggi.
  2. Risiko - Apabila menyimpan dalam akaun ASB tanpa pembiayaan, anda tidak terlibat dengan sebarang risiko kerana harga seunit adalah RM1.00 dan tidak berubah. Tetapi apabila melalui pembiayaan, risiko baru yang perlu dikira adalah seperti dividen turun dan interest rate pinjaman naik.
  3. CCRIS - Apabila membuat pembiayaan, anda secara tidak langsung mempunyai rekod dalam CCRIS. Ini bermakna, anda perlu membayar ansuran bulanan dengan baik atau berisiko mempunyai rekod yang buruk dalam CCRIS.
Pembiayaan ASB tidak boleh dibandingkan dengan simpanan biasa ASB kerana risiko terlibat adalah berbeza.

Pelaburan Hartanah Undercon vs Subsale vs Lelong

Bagi pelabur hartanah, ramai yang gemar terlibat dalam pasaran undercon, subsale dan juga lelong.

Ada yang memberitahu pelaburan undercon lebih menguntungkan kerana tidak perlu keluar deposit yang banyak dan diskaun yang diberikan pemaju.

Ada juga yang memberitahu rumah subsale lebih menguntungkan kerana boleh menyewakan selepas dapat kunci serta boleh dapatkan tunai yang banyak.

Ada juga yang memberitahu pasaran lelong lebih menguntungkan kerana harga yang dijual adalah dibawah harga pasaran.

Setiap kaedah dalam pelaburan hartanah mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri bergantung kepada strategi yang anda gunakan.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post