4 Sebab Wanita Lebih Mudah Berjaya Dalam Bidang Kewangan

Image result for career woman

Kalau dulu, majoriti yang terlibat dalam bidang kewangan adalah kaum lelaki. Tetapi, kalau anda lihat pada hari ini, semuanya sudah berbeza.

Anda boleh lihat kaum wanita sudah mula ramai terlibat dalam bidang kewangan. Lebih menarik lagi, mereka juga sudah menjadi antara yang berjaya dalam bidang ini.

Berikut adalah antara empat (4) sebab utama kenapa wanita lebih berjaya apabila terlibat dalam bidang kewangan ini.

#1 Lebih fokus dan kreatif
Kebanyakan wanita yang berada dalam bidang kewangan ini mempunyai satu ciri istimewa iaitu mereka lebih fokus dan kreatif.

Dalam bidang kewangan, apabila anda mula fokus, semuanya akan menjadi lebih mudah.

Selain itu, kebanyakan wanita juga mempunyai satu Big Why yang sangat hebat iaitu memiliki pendapatan yang lumayan.
Keberanian untuk berjaya menyebabkan ramai wanita menjadi lebih berjaya
#2 Bidang kewangan adalah Professional
Wanita dan bidang professional memang tidak boleh dipisahkan.

Jika dulu ramai yang menganggap bidang kewangan hanyalah membuat sales semata-mata. Hari ini, semuanya sudah berubah kerana bidang kewangan adalah satu bidang yang memerlukan skil consultation yang tinggi.

Sebab itu wanita yang akan lebih berjaya dalam bidang kewangan ini kerana mereka lebih gemar memberi nasihat berbanding membuat kerja-kerja berat.

Lihat : Antara Golongan Wanita Yang Berjaya Dalam Bidang Kewangan

#3 Wanita suka belajar dan kurang ego
Kalau nak berjaya, anda perlu sentiasa belajar perkara baru setiap hari dan buang ego.

Kebanyakan wanita dalam bidang kewangan memang mempunyai sikap suka belajar berbanding lelaki.

Selain itu, wanita juga mempunyai satu sikap yang digemari oleh kebanyakan pelanggan iaitu mahir mendengar. Apabila pelanggan mula memberitahu masalah mereka, kebanyakan wanita akan menggunakan kemahiran mendengar mereka sebelum menyelesaikan masalah tersebut.

Berbanding dengan lelaki yang lebih suka untuk menyelesaikan masalah dengan cepat tanpa mendengar masalah yang dihadapi pelanggan terlebih dahulu.

#4 Ramai prospek wanita yang celik kewangan
Semua wanita yang bekerja wajib untuk ambil tahu tentang pengurusan kewangan mereka.

Sebab itu sekarang ramai wanita sudah mula sedar tentang kepentingan pengurusan kewangan. Oleh sebab itu, wanita yang terlibat dalam bidang kewangan sangat-sangat diperlukan bagi membantu wanita-wanita yang berkerjaya diluar sana.

Kebanyakan wanita lebih selesa untuk mendapat nasihat tentang kewangan dari wanita juga. Jika ada wanita-wanita muda yang ingin menceburi bidang kewangan, anda boleh sertai satu group yang hebat ini, Charisma Legacy.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)