Bagaimana Kad Kredit Mengganggu Tahap Kesihatan Kewangan Anda

Related image
Cuti sekolah dan hujung tahun pasti ramai yang mula menggunakan kad kredit dengan banyak. Antara sebab utama adalah pergi melancong, jualan akhir tahun dan juga persiapan persekolahan.

Berikut adalah antara tiga (3) keadaan kad kredit akan mengganggu tahap kesihatan kewangan anda di mata pihak bank.

#1 Mohon

Apabila anda mula memohon kad kredit, nama anda akan mula direkodkan dan semua institusi kewangan boleh melihat melalui laporan CCRIS.

Jika anda memohon kad kredit dengan banyak dalam masa yang singkat, pihak bank akan mula sangsi terhadap kredibiliti anda dalam mengurus kewangan.

Manakala jika terdapat banyak permohonan kad kredit anda ditolak akan memberi kesan buruk kepada institusi kewangan yang lain.
#2 Penggunaan

Setiap kad kredit mempunyai had limit yang berbeza mengikut profil kewangan yang berbeza. Semakin tinggi tahap kewangan anda, semakin tinggi had limit yang dibenarkan oleh pihak bank.

Jika anda sering menggunakan kad kredit sehingga ke tahap yang maksimum dan kerap membayar semula pada waktu yang ditetapkan, profil kewangan anda akan kelihatan tidak sihat.

Berlainan pula jika anda menggunakan kad kredit dan membayar semula pada masa yang ditetapkan, pihak bank akan melihat tahap kewangan anda adalah baik.

#3 Tutup

Jika anda mempunyai banyak kad kredit dengan baki yang tertunggak, anda mungkin akan lebih struggle untuk menyelesaikan semua hutang tersebut.

Selepas berjaya menyelesaikan semua hutang tertunggak kad kredit, anda pasti berasa tenang dan menyangka pihak bank tidak mempunyai masalah terhadap tahap kesihatan kewangan anda.

Namun, satu perkara yang anda perlu tahu adalah jika anda baru sahaja menyelesaikan semua hutang tertunggak, akan memberi satu kesan tidak baik untuk jangka masa pendek. Ini bermakna, apabila anda ingin memohon fasiliti pinjaman dari pihak bank, lebih sukar.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post