4 Punca Utama Ramai Graduan Terlibat Dengan Hutang Kad Kredit

Image result for problem credit card

Salah satu hutang yang menambah beban setiap graduan selain hutang kereta adalah hutang kad kredit.

Hampir setiap graduan yang bekerja selepas setahun mempunyai kad kredit sendiri sama ada menggunakan kad kredit tersebut atau tidak.

Namun, kesan yang dapat dilihat sehingga kini adalah kegagalan menggunakan kad kredit dengan baik menyebabkan mereka sendiri terbeban dengan hutang tersebut.

Berikut adalah empat (4) punca utama graduan terlibat dengan hutang kad kredit.

#1 Ambil Tanpa Tujuan

Ramai yang ambil kad kredit pada mulanya tidak mempunyai niat untuk memohon tetapi atas desakan salesperson yang sering terjumpa di pusat beli belah, bank dan tempat-tempat lain.

Selain itu, ada juga sesetengah individu yang mereka sendiri tidak sedar mereka telah mengambil kad kredit sehinggalah kad kredit tersebut sampai ke rumah mereka. Puncanya adalah kerana mereka sering memberi tandatangan tanpa membaca secara terperinci borang yang diisi.

Kad kredit tersebut yang pada mulanya tidak mempunyai sebarang tujuan, akhirnya terpaksa digunakan.

#2 Gagal Mengurus Dengan Baik

Memiliki kad kredit tidak salah jika anda mampu mengurus dengan baik.

Cara penggunaan kad kredit yang betul adalah dengan membayar semula kad kredit tersebut setiap kali selepas penggunaannya.

Salah satu punca hutang kad kredit semakin kritikal adalah apabila mengamalkan sikap bayar kad kredit hujung bulan sahaja. Kesannya, apabila ingin membayar semula, hutang tersebut sudah terlalu tinggi.
#3 Terlalu Mengejar Point

Manfaat yang anda akan terima apabila menggunakan kad kredit adalah menerima mata / point hasil dari penggunaan kad kredit tersebut.

Point tersebut boleh ditukarkan ke pelbagai jenis barang-barang yang menarik seperti barang elektrik, barang keperluan rumah dan lain-lain lagi.

Ramai yang terlalu mengejar untuk mendapatkan mata tersebut sehingga lupa perbelanjaan tersebut adalah diluar kemampuan gaji mereka.

#4 Kemudahan Bayaran Ansuran

Banyak kedai atau penjual mula menawarkan pembelian dengan menggunakan bayaran ansuran dari kad kredit.

Barang-barang tersebut biasanya mempunyai harga yang mahal dan pelanggan tidak mampu untuk bayar secara tunai. Alternatif, pelanggan boleh menggunakan kad kredit dan bayar secara ansuran.

Walaupun kemudahan bayaran ansuran ini membantu pelanggan membeli barang tersebut, tetapi ini menyebabkan juga pelanggan terbeban dengan hutang yang perlu dibayar setiap bulan.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)