
Setiap individu wajib ada bajet kewangan individu sendiri terutama ketika ekonomi sedang dalam keadaan kurang memberansangkan.
Berikut adalah 12 inti pati Bajet Kewangan Individu yang anda perlu tahu:
1. Mencukupkan simpanan kecemasan
Simpanan kecemasan pada tahun 2018 sangat penting atas faktor ekonomi yang tidak menentu. Antara perkara yang boleh berlaku dan perlukan simpanan kecemasan adalah seperti kehilangan pekerjaan dan kos sara hidup yang tinggi.

2. Meningkatkan simpanan pelancongan
Bagi individu yang sudah berkeluarga, aktiviti melancong atau beriadah bersama keluarga memerlukan satu kos yang tinggi. Oleh itu, anda perlu sediakan satu simpanan untuk perbelanjaan dua (2) kali aktiviti pelancongan dalam masa setahun.

3. Simpanan perbelanjaan tetap tahunan
Antara perbelanjaan tetap tahunan yang wajib ada adalah seperti memperbaharui cukai dan insuran kereta, dan perbelanjaan festival seperti hari raya.
4. Simpanan perbelanjaan sekolah anak-anak
Perbelanjaan sekolah anak-anak adalah termasuk kos pembelian barang keperluan seperti baju sekolah dan alat tulis. Selain itu, simpanan tersebut juga termasuk kos perbelanjaan harian anak-anak disekolah.
5. Dana pendidikan anak-anak
Selain simpanan perbelanjaan sekolah, anda juga perlu sediakan satu dana pendidikan tinggi untuk anak-anak. Dana pendidikan ini akan membantu untuk memudahkan anak anda masuk ke universiti tanpa perlu membuat pinjaman pendidikan.

6. Dana persaraan
Jika anda sudah mempunyai dana persaraan melalui pencen atau simpanan KWSP, anda perlu tingkatkan lagi dana persaraan melalui instrumen lain. Cara ini bagi memastikan dana persaraan anda mencukupi walaupun kos sara hidup meningkat.
7. Dana derma
Kos sara hidup yang meningkat bukanlah satu alasan untuk anda berhenti membuat dana tabung derma.

8. Pertambahan Aset
Ramai yang membuat spekulasi bahawa harga rumah akan turun pada tahun ini dan juga tahun hadapan. Oleh itu, ini adalah peluang terbaik anda untuk menambah satu aset seperti rumah.
Selain itu, anda juga boleh beli emas sebagai aset anda.
9. Mempelbagaikan pelaburan
Sekarang bukanlah masa terbaik untuk menilai pelaburan semasa anda. Kebanyakan instrumen pelaburan ketika ini tidak memberikan kadar keuntungan seperti yang diharapkan.
Oleh itu, ini adalah masa terbaik untuk anda mempelbagaikan jenis pelaburan.

10. Menyediakan penggantian dan perlindugan pendapatan
Sebagai ketua keluarga, sediakan satu pelan penggantian dan perlindungan pendapatan kepada anak-anak kecil anda. Penggantian ini akan membantu anak-anak anda untuk terus membesar walaupun tanpa kehadiran anda.
11. Menambah sumber pendapatan
Zaman sekarang, setiap orang berpeluang untuk menambah sumber pendapatan dengan hanya separuh masa sahaja. Jadikan media sosial sebagai satu platform untuk anda meningkatkan pendapatan anda.
12. Pengurangan hutang
Jika masih ada lagi hutang-hutang kecil seperti kad kredit dan hutang peribadi, jadikan tahun 2018 sebagai tahun bebas hutang kecil anda. Hidup anda akan lebih tenang tanpa hutang-hutang kecil tersebut.