
Berikut adalah antara empat belas (14) inti pati utama yang memberi berita gembira kepada rakyat Malaysia.
#1 Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)
#1 Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)
Setiap anak Malaysia yang lahir mulai 1 Januari 2018 sehingga tahun 2022 akan diberikan satu Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 dalam bentuk unit Amanah Saham PNB.
Komen : RM200 dalam Amanah Saham boleh dijadikan sebagai satu Dana Pendidikan untuk anak tersebut.
#2 Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018
Diskaun untuk bayaran balik pinjaman PTPTN seperti berikut:
- Diskaun 20% - Penyelesaian penuh
- Diskaun 10% - Bayaran 50% dari jumlah
- Diskuan 10% - bayaran melalui potongan gaji
#3 Biasiswa pengajian tinggi dan latihan MARA
Peruntukan sebanyak RM2.5 bilion akan diberikan bagi tujuan biasiswa pengajiaan tinggi. Jumlah tersebut adalah tertinggi yang pernah diberikan bagi tujuan tersebut.
Komen : Didik anak-anak yang masih bersekolah untuk mendapatkan biasiswa yang akan diberikan supaya tidak perlu menggunakan pinjaman pendidikan.
#4 Pengurangan kadar cukai pendapatan individu
#4 Pengurangan kadar cukai pendapatan individu
Kadar cukai pendapatan individu bagi tahun 2018 telah dikurangkan seperti berikut:
#5 Pemansuhan tol
- RM20,000 - RM35,000 = 5% ke 3%
- RM35,001 - RM50,000 = 10% ke 8%
- RM50,001 - RM70,000 = 16% ke 4%
#5 Pemansuhan tol
Mulai 1 Januari 2018, kutipan tol akan dimansuhkan bagi tol seperti berikut:
- Batu Tiga, Shah Alam
- Sungai Rasau, Selangor
- Bukit Kayu Hitam, Kedah
- Eastern Dispersal Link, Johor
Komen : Satu lagi pengurangan beban untuk orang yang bekerja menaiki kereta di kawasan terlibat.
#6 Bantuan pemilikan rumah
Satu peruntukan sebanyak RM2.2 bilion untuk membantu dalam pemilikan rumah melalui pembinaan rumah yang berharga RM250,000 ke bawah.
Komen : Rumah berharga RM250,000 ke bawah mungkin akan berada di kawasan yang lebih jauh dari kawasan bandar.
#7 Wanita mengandung balik awal
#7 Wanita mengandung balik awal
Semua penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan dan keatas akan diberikan kebenaran untuk pulang satu jam lebih awal.
Manakala suami juga boleh pulang awal jika lokasi bekerja berhampiran dengan isteri.
#8 *Peruntukan RM1.7 bilion kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak.
#9 Bayaran khas untuk ketua kampung dan Tok Batin.
Bayaran akan diberikan sebayak RM1,500 kepada ketua kampung dan Tok Batin pada:
- Januari 2018 (RM1,000)
- Sebelum Aidilfitri (RM500)
#10 Bayaran khas penjawat awam
Bayaran akan diberikan sebayak RM1,500 kepada penjawat awam pada:
- Januari 2018 (RM1,000)
- Sebelum Aidilfitri (RM500)
#11 Bantuan khas pesara kerajaan
Semua pesara kerajaan akan menerima bantuan khas sebanyak RM750 dan diberikan pada:
- Januari 2018 (RM500)
- Sebelum Aidilfitri (RM250)
#12 Pusat jagaan kanak-kanak
Setiap bangunan pejabat baru perlu menyediakan satu kemudahaan pusat jagaan kanak-kanak di Kuala Lumpur.
#13 Cuti bersalin
Cuti bersalin bagi sektor swasta akan dinaikkan dari 60 hari ke 90 hari seperti mana sektor awam.
#14 Pengecualian cukai ke atas sewaan
Pendapatan yang diterima melalui penyewaan rumah akan diberikan pengecualian sebanyak 50% bagi sewaan sehingga RM2,000
Untuk baca laporan penuh #BAJET2018, anda boleh muat turun dan rujuk sini BAJET2018
Tags:
INFO KEWANGAN