
Langkah pertama yang anda boleh cuba adalah dengan mengasingkan satu jumlah tetap setiap bulan ke dalam akaun lain seperti simpanan, perlindungan dan pelaburan.
Untuk permulaan, anda boleh bermula dengan satu jumlah yang kecil iaitu sebanyak RM400 sebulan dari gaji anda.
#Simpanan Kecemasan - RM150
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah simpanan kecemasan sebanyak RM150 sebulan secara tetap. Jika simpanan ini dilakukan selama dua (2) tahun, anda sudah mempunyai simpanan kecemasan sebanyak RM3,600.
Tujuan simpanan kecemasan ini adalah supaya anda mempunyai wang sendiri jika berlaku kecemasan seperti kemalangan motosikal/kereta, kehilangan telefon bimbit dan lain-lain.
#Perlindungan - RM150
Jika anda masih muda, jumlah caruman untuk pelan perlindungan sebanyak RM150 sudah mencukupi pada peringkat awal.
Tujuan supaya anda mempunyai dua (2) manfaat utama perlindungan iaitu income protection dan income replacement.
#Pelaburan - RM100
Seterusnya, sebanyak RM100 boleh diasingkan untuk tujuan pelaburan dengan matlamat pelan persaraan. Jumlah tersebut walaupun sedikit tetapi akan memberi keuntungan yang banyak untuk tempoh masa yang panjang.
Anda boleh buka akaun seperti unit trust atau ASB untuk tujuan pelaburan ini.
Anda juga boleh naikkan jumlah diatas mengikut kesesuaian kewangan anda.