5 Tanda Tempat Kerja Anda Mempunyai Masalah Persekitaran Yang Negatif

Image result for working environment
Jika anda sudah lama bekerja dengan majikan, mesti anda boleh tahu keadaan persekitaran tempat kerja anda. Tempat kerja yang positif, akan membuat anda lebih semangat untuk bekerja.

Tetapi, jika tempat kerja mempunyai persekitaran yang negatif, bagaimana anda mahu teruskan kerja anda? Mungkin itu waktu terbaik itu ada mencari tempat kerja baru yang memberi suasana yang positif.

Berikut adalah beberapa tanda yang menunjukkan tempat kerja anda mempunyai persekitaran yang negatif.

#1 Complain ada, action tiada

Jika anda pernah buat laporan berkenaan masalah di tempat kerja tetapi tiada langsung tindakan yang diambil, itu menunjukkan bahawa majikan anda tidak kisah dengan masalah tersebut. Keadaan negatif ini hanya akan menyebabkan anda bertambah stress.

Jika masalah ini berterusan, persekitaran tempat kerja anda akan menjadi bertambah teruk kerana masalah akan sentiasa bertambah jika tidak diselesaikan.
#2 Orang lama, semua betul

Jika masuk meeting, jawapan semua ditentukan oleh 'orang lama' tanpa perbincangan dengan orang baru.

Perkara seperti ini adalah tindakan yang tidak profesional kerana sebagai seorang staf (sama ada orang lama atau baru), anda mempunyai hak untuk memberi pandangan.

#3 Lelaki dipuji kerana kerja, perempuan dipuji kerana pakaian

Masalah yang sering berlaku di tempat kerja adalah apabila lelaki sering dipuji kerana kerjanya tetapi perempuan hanya dipuji kerana pakaiannya.

Ini adalah perkara normal tetapi tidak baik dan negatif.

Mungkin ada yang memuji semata-mata untuk mengeratkan hubungan dan berkenalan tetapi cara ini adalah tidak profesional.

#4 Sembang perkara 18sx adalah normal

Tidak dapat dinafikan perkara buruk ini adalah satu perkara normal di sesetengah tempat kerja.

Perkara seperti ini biasanya berlaku antara individu yang mempunyai jawatan tinggi dengan staf biasa.

Jika anda mahu menjaga karier anda, tindakan terbaik adalah tinggalkan tempat kerja tersebut dan cari tempat baru yang lebih baik dan positif.

#5 Salah Siapa?

Jika berlaku satu masalah, hanya terdapat dua (2) tindakan yang akan berlaku iaitu:
'Ini salah siapa?' atau
'Macam mana nak selesaikan?'

Pernah tak anda alami keadaan untuk menyelesaikan satu masalah di tempat kerja, mengambil masa 3 jam untuk mencari salah siapa, tetapi hanya perlu 3 minit untuk selesaikan masalah tersebut.

Cuba lihat semula persekitaran tempat kerja anda. Ayat yang mana satu banyak digunakan.

Jika tempat kerja anda sering menggunakan kaedah 'salah siapa', ini adalah persekitaran yang negatif. Cara ini tidak akan selesaikan masalah tersebut tetapi hanya akan menyebabkan masalah peribadi antara staf.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)